RSS

Tuesday, July 22, 2014

#PrayForGaza, #PrayForMH17, #PrayForMH370


Tahun ini banyak betul dugaan yang di hadapi oleh Malaysia dan umat Islam. Satu-satu kejadian yang menimpa, sedih rasa hati. Belum reda kes kehilangan MH370, kejadian MH17 pula menimpa. Kejadian MH17 memang mengejutkan dunia khususnya rakyat Malaysia. Memang kisah yang menyayat hati. Siapa sangka di bulan yang penuh berkat ini kita diuji sebegini rupa.


Tidak lupa mereka di Ghaza, umat Islam di tindas dan diperlakukan sebegitu kejam sekali. Kanak-kanak ramai yang menjadi mangsa. Ramai yang terkorban angkara mereka yang jahat. Tidak sanggup rasanya melihat gambar anak kecil dan mereka yang tercedera. 


 
Marilah kita beramai-ramai mendoakan umat Islam yang terkorban di MH17 dan Gaza di tempatkan di kalangan orang beriman. Di bulan yang mulia ini sama-sama juga mendoakan keselamatan mereka di Gaza, semoga pertempuran akan berakhir segera. Tidak lupa juga, doakan mereka yang berada di pesawat MH370 semoga kita akan menemui mereka. #PrayForGaza, #PrayForMH17, #PrayForMH370

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.