RSS

Thursday, July 24, 2014

Majlis Iftar Ramadhan eWana.fm di Pak John Steamboat


Alhamdulillah dapat juga aku merasa berbuka bersama blogger yang lain walaupun sekali untuk tahun ini. Bila dah jadi suam kuku blogger ini undangan pun semakin la berkurang. Bila dapat peluang grab la terus. Majlis iftar ini juga dihadiri oleh anak-anak yatim disamping untuk meraikan mereka. Iftar ini di lakukan di Pak John Steamboat, @Curve. Nak dipendekkan cerita sampai area Curve ni jem yang amat. Even dalam perjalanan takla jem mana, target nak sampai awal last-last lambat sampai.


Setibanya di sana memang sudah ramai orang yang datang. Yang tak bestnya dah takde tempat duduk lagi. Sedih pula rasa hati. Nasib baik ada Ciklilyputih and the gang bagi ruang aku dengan kawan aku menyempil. So buka kami makan sikit je dulu dan solat. Pas solat baru kami hentam makan, time orang dah kenyang makan kitorang makan tanpa henti..hahahah 


 
Selain makan-makan ada juga aturcara lain yang disediakan seperti cabutan no bertuah, derma kepada anak yatim dan perasmian album raya terbaru e-Wana. Aku tak dapat pun no masa dtg tu, so secara automatik memang takkan menang la..hehe.. 


 
Sempat gak kenal dengan blogger yang lain. Ini ciklily snap masa kitorang bersembang. Tak perasan langsung. Anyway nice to meet u marcsjy
 
 
Memang happening blogger yang datang. Riuh rendah jadinya. Tengok ni sampai orang dah balik kitorang masih makan lagi. hahaha. Anyway thanks to eWana.fm dan halimbrothers sudi jemput ke majlis berbuka ini.

2 comments:

Ira said...

meriahnya!!!..
best la makan time org da kenyang.. hehehe..

Soon Joo Yee said...

haha! nice to meet you yaa :P

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.