RSS

Monday, July 21, 2014

Kelebihan Susu Kacang Soya F&N NutriSoy


Sememangnya kita menginginkan minuman yang berkhasiat untuk tubuh badan selain rasanya yang sedap.F&N NutriSoy yang baru dilancarkan ini ditambahbaik dengan sembilan kali lebih kalsium berbanding susu kacang soya biasa. Minuman ini juga diperkaya dengan Vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dan menjamin kesihatan dan menambah kekuatan tulang. Protein soya turut membantu membina dan menggalakkan pertumbuhan tisu.


Selain daripada rasa yang enak, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy juga tidak mengandungi laktosa. Jadi ia merupakan alternatif terbaik bagi menggantikan susu lembu, yang diketahui ramai mengandungi laktosa tinggi, dan kurang sesuai untuk kebanyakan orang. 90 peratus orang Asia adalah laktosa intoleran2 (ketidakmampuan tubuh untuk mencerna susu kerana kekurangan enzim laktase). 


 
Maka tidak hairanlah pihak Food and Drug Association (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan protein soya sebanyak 25g dalam hidangan harian kita boleh mengurangkan kolesterol serta risiko penyakit jantung. 

Secara ringkasnya, Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium dilengkapi dengan sembilan kebaikan utama untuk anda dan keluarga. Antaranya: 

1) memiliki sembilan kali lebih kalsium berbanding susu soya biasa1 
2) mengandungi Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih baik. 
3) membantu mengurangkan kolesterol. 
4) rendah lemak. 
5) sumber protein yang mengandungi asid amino yang diperlukan oleh badan 
6) makanan tanpa laktosa. 
7) diperbuat daripada kacang soya bukan GMO (tanpa diubahsuai secara genetik) 
8) tiada pengawet, pewarna dan perisa tambahan. 
9) kurang manis dengan 25% kandungan gula lebih rendah berbanding susu kacang soya biasa.

Minumlah segelas bagi merasai keenakan dan kebaikan Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium. Susu Kacang Soya F&N NutriSoy dengan Kalsium kini didapati di semua kedai utama seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook F&N NutriSoy di https://www.facebook.com/NutriSoy.MY.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.