RSS

Friday, June 27, 2014

Workshop Makeup Collection bersama Nelydia Senrose


Sabtu minggu lepas aku berkesempatan join workshop makeup Collection di Ara Damansara. First time pergi sana, nasib baik ada waze aku follow jela. Kalau waze salah tunjuk arah maka aku pun akan sesatlah. Shopping Citta Mall kat Ara Damansara baru je buka. Banyak lagi lot kedai yang kosong dan pengunjung pun masih tak ramai lagi. Aku memang teruja sebab sebelum ini pernah gak join event workshop Maybelline memang best. Pada yang tak tahu, Collection adalah jenama kosmetik dari Britain dan sekarang ada rangkaian di Malaysia.



Sampai kat sana expectation aku terus rasa tersasar. Lain rupanya event ini dari yang aku fikirkan. Anyway event ini terbuka kepada orang awam yang ada menyertai contest yang disediakan sebelum ini. Gambar kat atas ini adalah MC untuk event tersebut. Sporting ok, siap posing lagi masa nak amik gambar n make sure yang gambar cantik..hehe 


Ini aku nak cerita apa yang ada masa event tersebut. Yang ini photobooth, boleh amik gmbar dan dapat masa tu juga. 


Rugila kalau sapa tak cuba kan. Ini hasil gambar aku bersama blogger Ummizarra dan anaknya yang comel. Oleh kerana tak cukup ketinggian muka nampak muat2 je..hahaha


Then boleh join contest 'Outfit of the day'. Yang ini lagi semua orang boleh join masa event tu. Hanya perlu ambil gambar outfit dan post kat instagram. Senang je kan. Then dapat cuci gmbar free terus ok.


Ini gmbar outfit aku masa tu. Tapi taklah menang. Tak cukup glam agaknya.huhu 


Then ada sesi makeover. Makeup2 la u alls. Kasi touch up sikit muka tu. Aku pun join juga. Memang dtg pun tak makeup. 


Inilah hasilnya sebelum dan selepas makeup. Acaner? Mana lagi cantik..hehe 


Kalau lapar dan dahaga ada je santapan yang disediakan masa tu.


Acara yang ditunggu, penampilan khas dari duta Collection Malaysia, Nelydia Senrose. Ini aku curi2 amik gambar sebelum dia keluar..hehe 


So ada sesi belajar makeup dan soal jawap bersama Nely. 


Lepas Nely dah makeup dia pun catwalk. Pengunjung semua tak lepas peluang ambil gambar si jelitawan ini. Memang sesuai jadi duta Collection. Cantik orangnya. 


Yang ini special program. Bukan main panjang orang beratur. Nak tahu kenapa? Sebab boleh bergambar dengan Nely. Syaratnya kena beli barang Collection berharga RM50 dan ke atas. 

Peminat tak lepaskan peluang bergambar dgn Nely. Memang sporting Nely ni. Macam2 aksi yang dia buat masa ambil gambar. 


Aku pun sibuk gak selfie.. hahaha. Janji ada gmbar Nely dalam ni dgn aku..tak gitu.hehe 


Antara barangan Collection yang dipamer dan dijual masa event.


Harga pun boleh tahan. Kira boleh dimiliki oleh semua orang. 


Menggila wei tgk barang Collection ini. 


Sebelum balik, pose lagi sekali.. Wefie dgn Ummizarra. hehe.. 


Ole2 yang aku dapat masa event. Nanti aku wat review ye pasal makeup ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.