RSS

Wednesday, June 4, 2014

Food Review : Restoren Anggun Fusion


Sabtu yang lepas aku berpeluang untuk merasai makanan di Restoren Anggun Fusion yang terletak di Hartamas. Restoren ini buka setiap hari kecuali Ahad.First time datang ke sini dan setelah sekian lama aku tak join apa-apa event akhirnya dapat join event makan-makan ini bersama blogger yang lain. Ramai gak kawan blogger baru aku kenal. Seronok dapat kenal kenalan baru.


Ini merupakan dekorasi selepas masuk pintu restoren ini. Kira kalau ramai customer, leh duduk kat sini tunggu giliran. Kalau bosan, boleh baca buku yang di sediakan. 2 benda dapat lepas makan, perut kenyang ilmu pun bertambah. 


Ini hiasan dinding yang ada, ramai artis dan orang kenamaan yang dah makan kat sini. Dahsat tu. 


Meja untuk santapan nanti dah pun siap masa aku datang. Tengok berderet makanan atas meja tu. 


Ini adalah antara makanan yang ada disini. Ini adalah asam pedas ayam dan kambing. Memang sedap.. rasa cam kat melaka lak.


Yang ini pula masak lemak ayam kampung super duper pedas dan lemak. Terangkat habis bila makan..Pergh.. 


Yang ini untuk breakfast nasi lemak ayam rendang peanut butter. Menu ni khas di olah oleh chef kat sini tau. Rendang ini memang tak di nafikan sedap. 


Untuk sapa-sapa yang suka seafood boleh order seafood platter ini. Ada udang, ketam, lala, sotong. Puas hati beb. 


Untuk kanak-kanak ada fish n chip. Sos dia memang sedap. 


Yang ini pula seafood marinara. Lepas makan rasa nak menari je..hehe.. tipu je tu. 


Ini pula air yang terliur di buatnya. Nama air ini strawberry laici. Tengok laici dia, geram je kan 


Yang ini first time aku minum. Sedap gak. Tapi nama aku lupa la sebab nama berbelit. huhu 


Ini lagi satu air pelik yang first time aku jumpa. Teh serai pandan. Nanti korang try buat kat rumah. Not bad tau 


Dessert yang di nantikan, coklat ice cream.. Sedap sgt..huhu 


 
Lepas dah kenyang tu ada sesi soal jawap dan ramah mesra bersama owner Mimi Azura merangkap ketua chef kat situ. Cantik orangnya 


 
Antara blogger yang hadir, nanti korang boleh terjah blog diorang lak. Thanks kepada Ash yang sudi jemput, Mahamahu,JuliaJohari, Ummizarra, MammaDanish dan Mira

Selain menu di atas, ada banyak lagi menu lain yang disedaiakan. Harga pun berpatutan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan restoren ini, boleh layari 
web site anggun fusion: http://www.anggunfusion.com 
Facebook : Anggun Fusion 
Twitter : Anggun Fusion 
Instagram : Anggun Fusion

2 comments:

Norliza Nordin said...

Wahhh terliur nengok makanan-makanan tu.. makan sedap2 taka ajak.. :p

Mahamahu said...

Best lah review kali ini sebab bukan sahaja dpt makan sedap2 tapi dapat kenal blogger best2...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.