RSS

Wednesday, June 18, 2014

COLLECTION kini di Malaysia


Jenama kosmetik paling berwarna-warni dari Britain, COLLECTION kini di Malaysia dengan rangkaian produk mengikut trend terkini bagi gadis muda yang ingin menghasilkan gaya solekan untuk menonjolkan dirinya dengan penuh keyakinan. Collection menghasilkan gaya tersendiri setiap hari. Dengan slogan “Work the Colours”, COLLECTION menawarkan kosmetik berkualiti yang diilhamkan daripada trend terkini.


Nelydia Senrose merupakan duta jenama COLLECTION di Malaysia. Untuk menyerlahkan mata anda, produk-produk seperti COLLECTION Glam Crystals Dazzling Gel Liner, Does It All Mascara, Smokey Eye Palette dan Work the Colour Eyeshadow Pencil merupakan jawapannya.


Glam Crystals Dazzling Gel Liner boleh didapati dalam enam warna yang mencantikkan mata dengan formulanya yang mudah kering. Letakkan pada garis mata sebagai penggaris, atau atas maskara untuk menambahkan kilauan. Does It All Mascara juga digemari wanita yang tidak berkompromi dalam bergaya – hasilnya, bulu mata lebih lebat, lentik, panjang dan teratur.


Sekiranya anda ingin mendapatkan rupa yang penuh misteri, Smokey Eye Palette terdapat dalam sembilan warna mengujakan serta panduan penggunaan di belakangnya. Work the Colour Eyeshadow Pencil hebat bagi mencantikkan mata dengan enam warna yang boleh dicampurkan dan kalis air. Ia juga berfungsi sebagai celak.


Bagi kulit yang berseri dan bebas cela, gabungan bedak asas dan penutup noda Cover & Go Foundation and Concealer Duo dalam sebuah pakej yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Bright and Glow Brightening BB Cream dan Compact Foundation masing-masing mempunyai perlindungan UV setinggi SPF 30 dan 20, dan merupakan pelembap dan bedak asas pada waktu yang sama. Selain daripada itu, Lasting Perfection Concealer memberikan penutupan cela selama 16 jam, manakala Shimmer Shades menghasilkan kontur pada muka dan memberikan seri yang menyeluruh pada muka.


Bahagian bibir juga tidak dilupakan. Hotlights Lipgloss yang berkilau ini boleh didapati dalam enam warna, dan datang dengan cahaya dan cermin yang sedia-ada serta pigmen yang tidak melekit. Sekiranya anda menginginkan solekan bibir yang lebih terang, Lasting Colour Lipstick yang mempunyai sapuan mudah terdapat dalam 10 warna yang mampu bertahan sepanjang hari.


Berseronoklah dalam mencuba kesemua gaya dan rupa yang mampu anda hasilkan dengan rangkaian warna luas COLLECTION hari ini! COLLECTION boleh didapati di Watsons dan kedai F Block di Sunway Giza Mall, Setia Walk Puchong, Fahrenheit 88, Cheras Leisure Mall, Bandar Baru Sri Petaling, Kuchai Lama, dan Bangsar Baru. 

Untuk maklumat lanjut akan Collection Cosmetics Malaysia, ikuti perkembangan terkini di www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY atau www.instagram.com/collectionmalaysia.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.