RSS

Friday, May 30, 2014

Mari menambah saham akhirat dengan Fast2Feed


Tajuk tu jangan di salah tafsir tau. Saham akhirat yang aku maksudkan adalah menderma. Antara 3 amalan kita di dunia yang akan di bawa mati adalah sedeqah jariah kita, amal kebajikan kita. Di sini aku ingin cerita sedikit pasal Fast2Feed. Program Fast2Feed adalah program bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM). YKMAM akan menganjurkan program berbuka bersama golongan kurang berkemampuan termasuk anak-anak yatim, keluarga miskin dan OKU sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Program tersebut mensasarkan 25 tempat di seluruh Malaysia.

 Untuk menjalankan program ini, bantuan dari segi kewangan diperlukan. Di bawah ini merupakan Jadual Jelajah Fast 2 Feed 2014 


Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program ini boleh layari http://fast2feedmuslimaidasia.blogspot.com/ atau facebook https://www.facebook.com/YKMAM.


Boleh hulurkan sumbangan dengan cara berikut: 
(a) Transaksi online daripada mana-mana akaun bank 
CIMB - 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia) 
(b) Cash deposit machine (CDM) 
(c) Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia 
(d) Serahan tangan ke pejabat di Bangsar :) 

Hulurkan tangan ringankan beban.. Selamat beramal.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.