RSS

Sunday, February 9, 2014

Ladys night @ Putrajaya

Semalam memang hari berjimba aku dengan kawan2.  Mana tak nya dr siang smp ke malam smp ke pagi duk merayap. Kalau parents aku tau ni mau kena bebel. Tapi bukan selalu takpe la..huhu

Nak tahu apa aktiviti kitorang buat? Sebenarnya niat di hati cuma nak berlatih main bowling je. Kitorang ada perlawanan minggu depan. Kitorang ni kan beginner memang baling bola masuk longkang jela..huhu. tu yang nak tingkatkan prestasi

Cadangan nak main kat wangsa walk tapi full house pula. Sebelum main sempat pekena mee udang mak jah. Then kami pun decide pergi Mines pula di sebabkan penuh kat Wangsa Walk.

Sampai kat Mines dalam kul 8 mlm. Main bowling 2 round.  Masing2 skil dah bertambah bagus. Ada chance nak menang ni..hahahah. Practice make perfect bak kata org jawa. Dah sudah main perut mula bising, g makan malam pula.

Yang tak disangka lepas makan boleh pula decide lepak kat Putrajaya.  Aku pun on je. Bergambar sakan kat sana. Masa tu dalam kul 12 mlm,ramai lg yg lepak kat situ rupanya. Last2 kul 2pg bru balik rumah. Memang dahsat, tak pernah wat sebelum ini. Dapat geng yang sekepala, Sherashii bershamer la jawapnya..huhu

Hari ini masing2  dah penat, duk lepak kat rumah je la. Minggu depan korang doakan ye kitorang menang game. Kalau tak menang pun atleast tak masuk longkang la..huhu

1 comments:

NurulHuda Alias said...

berjimba-berjimba jugak...keselamatan diri kena jaga dik :)

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.