RSS

Thursday, November 28, 2013

Pelbagai ragam manusia


Sejak akhir-akhir ini banyak juga dugaan yang aku hadapi. Alhamdulillah ayah aku selamat menjalani pembedahan mata minggu lepas. So korang yang ada katarak atau selaput mata jangan dibiarkan ye. Besok dah sampai anak mata nanti tak boleh nampak lagi.  

Lega lepas mata ayah dah ok semula. Sebelum tu,ada juga beberapa konflik berlaku. Pasal rumah sewa pun satu hal. Ini memanglah aku tak tahu nak kata apa. Mungkin cara kehidupan di Kuala Lumpur agaknya. Nak tahu apa ceritanya? 

Rumah sewa aku tu ada kosong satu bilik dan baru terima seorang penghuni baru. Yang tak berapa sedapnya, sipolan ni ada bawa mak dan adik lelaki sekali kat rumah tu. Umur adik dia 12 tahun. Bagi aku 12 tahun tu dah kira besar jugalah.

 Memang aku tak selesa balik rumah sewa sekrang ini. Lelaki keluar masuk rumah, memang aku duk terperap jela dalam bilik. Mengikut mak sipolan ini, diorang duk situ sebab nak perhatikan anak dia (sipolan) yang baru nak bekerja. Ok fine lah aku tak kisah pasal maknya. Yang aku kisah pasal adik lelaki tu. 


Walaupun maknya ni kata adik dia duduk je dalam bilik aku masih takleh terima. Tak tahulah kalau korang macam mana kan. Mungkin aku dah selesa selesa selama ni dengan budak rumah prempuan yang lain, bila datang benda macam ini aku memang rasa lain sangat. 

Aku sampai bertekak dengan sipolan dan maknya. Entahla sampai bila diorang ada kat rumah tu. Maknya kata dengan aku sampai bulan 12, tapi tuan rumah bagi tahu sampai cukup bulan, housemate aku cakap pula 3 bulan. Kita tengok jela sampai bila. Semenjak bertekak dengan mak sipolan tu aku jadi malas dah nak layan. Pandai-pandailah kan. Tuan rumah tu pun kalau jadi apa-apa memang dialah kena tanggungjawap sebab bagi permission kat diorang. 

Memang aku boleh nampak macam-macam ragam manusia sejak duduk kat rumah sewa tu. Tapi yang ini paling teruk bagi aku. Aku pun tak tahu boleh bertahan lama ke tak. Tapi satu je yang aku nak, aku nak balik keje kat MELAKA..huhu..Korang doakan ye aku dapat kerja kat Melaka. Dah penat nak ulang alik MELAKA-KL. Mudah-mudahan apa yang aku inginkan akan dimakbulkan..AMIN

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.