RSS

Friday, November 29, 2013

Orang kampung masuk Pencetus Ummah 2013


Rasa bangga bila dapat tahu ada peserta Pencetus Ummah 2013,PU Fakhrul orang kampung aku. Tumpang sekaki gembira bila dapat tahu. Aku dapat tahu pun sebab ustaz yang ajar aku mengaji bagi tahu. Kira boleh tahan hebat orang kampung aku ini.huhu Korang nak tahu nama kampung aku? Selalu kalau orang tanya aku duduk mana kat Melaka aku tak jawap pun nama kampung aku ini sebab malu..huhu Kecuali dengan orang Melaka je. Sebabnya ada kes bila aku bagitahu diorang ni perlekehkan nama kampung aku tu. Nak tahu apa nama kampung aku?


Nama kampung aku Kandang. Korang jangan gelak eh. Lepas ni kalau orang tanya aku dah tak segan lagi. Orang Kandang pun hebat!!! Ceh, aku je yang tak berapa sangat nak hebat. So aku doakan semoga PU Fakhrul ini berjaya di dalam program ini mahupun di luar. Lepas ini leh bagi ceramah kat orang-orang kampung Kandang ye.

1 comments:

ezza said...

kampung kandang. :) samalah duk kampung kandang jugak. kalau org tanya duk melaka kat belah mana, segan nak bagitahu . haha

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.