RSS

Thursday, October 3, 2013

Sulwhasoo Menabur Jasa


Sulwhasoo, jenama penjagaan kulit mewah no. 1 di Korea baru-baru ini memperkenalkan Charity Quilt Kit untuk membantu mengumpul dana bagi World Vision Malaysia. Inisiatif amal ini merupakan sebahagian daripada Projek Kuilt Amal Sulwhasoo, yang diilhamkan daripada kuilt yang dijahit tangan menggunakan kain perca sebagai tanda restu dan berkat.  

Selama ini, Sulwhasoo berkembang bukan sahaja sebagai satu jenama, malah turut menjadi simbol kecantikan dan kesihatan. Tradisi turun-temurunnya dalam menggunakan kepakaran dan herba perubatan yang dipilih khas dapat membantu mencantikkan kulit dan merupakan bukti falsafah jenama ini. Oleh itu, Sulwhasoo sejajar dengan falsafahnya, Sulwhasoo memberi kembali kepada masyarakat dengan menjalankan Projek Kuilt Amal ini. 

Keuntungan daripada jualan Sulwhasoo Charity Quilt Kit akan disumbangkan kepada World Vision Malaysia. Sulwhasoo Malaysia berazam untuk menyumbangkan RM10,000 kepada World Vision Malaysia tahun ini. Semua sumbangan yang terkumpul akan disalurkan kepada Dana Pembangunan Kanak-kanak. Ia akan digunakan untuk membantu kanak-kanak serta kerja-kerja yang berkait dengan pembangunan kanak-kanak secara tempatan dan antarabangsa. Ini termasuklah inisiatif dalam bidang perlindungan hak kanak-kanak, pelajaran, pembangunan mental dan emosi, nutrisi dan penjagaan kesihatan. 

Sulwhasoo Charity Quilt Kit terdiri daripada dua produk utama jenama ini – iaitu Concentrating Ginseng Cream (5 ml) dan First Care Activating Serum (8 ml). Ia turut mengandungi Essential Balancing Emulsion (30 ml), Essential Balancing Water (30 ml), Gentle Cleansing Foam (50 ml), dan Overnight Vitalizing Mask (30 ml/tiub). 

Tahun ini, Projek Charity Quilt Sulwhasoo bertema “Touching Moments with Splendour” dengan lebih banyak kisah bermakna untuk dikongsi. Buat kali pertama, Malaysia akan diwakili oleh Puan Sri Chelsia Cheng, seorang penyanyi dan pelakon Hong Kong pada tahun 70-an yang telah memenangi anugerah. Beliau kini adalah Pengerusi Lion-Parkson Foundation.


Puan Sri Chelsia Cheng telah menyumbangkan karya seni lukisnya yang berdasarkan tema “Touching Moments with Splendour”, yang akan dipamerkan dengan kain-kain selebriti lain pada hari tersebut.


Charity Quilt Kit Sulwhasoo boleh didapati di Malaysia bermula dari 4 Oktober 2013, di kaunter Parkson Pavilion, Kuala Lumpur dan Parkson Gurney Plaza, Penang. Berharga RM129.00, setiap Charity Quilt Kit Sulwhasoo didatangkan dalam beg kecil yang diilhamkan daripada kuilt. Hanya 500 unit sahaja boleh didapati di Malaysia.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.