RSS

Tuesday, October 1, 2013

Serlahkan kecantikan kulit anda dengan Dettol Radiance


Setiap hari, kulit kita kehilangan serinya disebabkan oleh habuk dan kotoran akibat terdedah kepada sinaran UV, pencemaran dan peluh dalam mengharungi kehidupan kota yang sibuk. Semua ini boleh mengakibatkan pigmentasi kulit, tanda-tanda penuaan awal dan kulit kelihatan kusam, tidak bermaya dan kurang sihat.


Berikutan dengan kejayaan perlancaran rangkaian Natural pada tahun lalu, Dettol, pakar kebersihan yang dipercayai terus menawarkan mandian badan yang inovatif dan unik dengan melancarkan Dettol Radiance baharu. Dirumuskan untuk memenuhi keperluan kecantikan wanita, produk mandian baharu ini bukan sekadar memberi fungsi pembersihan tetapi ia juga menggabungkan perlindungan Dettol yang dipercayai dengan rumusan unik Vitamin yang memberi kebaikan kepada kulit dan pelembap untuk mengembalikan seri kulit.

Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Steven Chow mencadangkan cara untuk mengekalkan kesihatan kulit dengan "membersihkan peluh, bahan cemar dan bakteria daripada kulit dengan kerap supaya kulit bersih dan sihat serta menggunakan pelembap untuk kulit kering agar kulit kekal menjadi pelindung kulit yang baik". 


 
Dettol Radiance membunuh dan membersihkan kulit daripada kuman dan kotoran yang menyebabkan kulit kusam dan menggantikan khasiat pada kulit untuk mengembalikan kecantikan dalamannya untuk menjadikan kulit sihat berseri. Dirumus dengan gabungan unik Vitamin C dan B3, Dettol Radiance menjadikan kulit rasa segar, cerah, halus dan lembap untuk tempoh yang lebih lama selepas digunakan. Vitamin C sering dipercayai sebagai bahan antioksidan terbaik yang membantu menentang radikal bebas dan meningkatkan kecerahan kulit manakala Vitamin B3 pula dipercayai sebagai rahsia di sebalik kulit yang nampak muda menawan. 

Selain itu, Dettol Radiance juga mengandungi Glycerine (5 kali lebih pelembap*), pelembap mujarab yang membantu kulit daripada kekeringan dan mengekalkan lebih lembapan untuk kulit yang lembut, anjal dan sihat berseri. 


 
Nadia Heng, selebriti tempatan dan Ratu Dunia Malaysia 2010 bersetuju dengan konsep mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. "Saya percaya bahawa kesihatan bukan hanya menjaga pemakanan, tetapi ia juga berkenaan dengan apa yang anda gunakan pada kulit anda. Saya mahu dilindungi daripada elemen alam sekitar dan cuaca. Saya selalu menyangka bahawa pembersih badan anti-bakteria akan mengeringkan kulit tetapi selepas menggunakan Dettol Radiance, saya amat teruja dengan hasilnya yang tidak mengeringkan kulit. Malah saya suka wangiannya yang lembut dan kulit saya berasa lebih licin dan gebu, walaupun hanya menggunakannya selepas beberapa hari!" kata Nadia dengan gembira. 

Dettol Radiance Body Wash kini boleh didapati dalam saiz 250 ml, 625 ml dan 950 ml di semua farmasi utama, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh negara, pada harga dari RM8.50 hingga RM21.90. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/dettolmalaysia.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.