RSS

Monday, October 28, 2013

Product Review: Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub


Siapa yang tak kenal dengan Fahrin Ahmad? Rasanya majoriti orang kenal dengan pelakon kacak merangkap duta Garnier Man. Lagi-lagi bila keluar iklan Ali Kafe tu. Ramai perempuan cair. So pada lelaki-lelaki di luar sana yang nak menjadi kegilaan wanita seperti Fahrin, boleh cuba produk Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub.


Kebanyakan lelaki memang bijak menguruskan kerjaya dan kehidupan peribadi tetapi hanya segilintir yang mengambil kisah perihal kulit muka. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, boleh cuba produk ini.Memperkenalkan Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub, iaitu skrub anti-bintik hitam yang mencerahkan kulit bagi lelaki yang mahu mengawal kulit berminyak. Skrub muka yang mudah digunakan, kulit akan mengalami lima faedah daripada penggunaan pertama! 


 
Daripada cucian pertama, lima faedah akan jelas kelihatan*: 
# 1 Minyak berlebihan di bawah kawalan 
# 2 Kulit kelihatan lebih cerah 
# 3 Pengurangan bintik-bintik hitam 
# 4 Pengurangan bintk hitam berkurangan 
# 5 Kulit kelihatan bersih dan segar 
*Source: Keputusan berdasarkan kajian daripada 402 lelaki Thailand, Februari 2013. ABN Research Thailand. 

 
Garnier Men TurboLight Oil Control Icy Scrub 100ml boleh didapati di seluruh negara dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM14.90 dan juga dalam 50ml dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM7.90 sahaja.Untuk membersih, cucilah muka dengan TurboLight Oil Control Grease Control Brightening Cooling Foam (harga runcit yang disyorkan RM7.90 untuk 50ml dan RM14.90 untuk 100ml) yang memberikan rasa yang segar selepas setiap cucian atau gunakan TurboLight Oil Control Charcoal Black Foam (harga runcit yang disyorkan RM8.50 untuk 50ml dan RM15.90 untuk 100ml) untuk untuk membersihkan pori-pori daripada kekotoran, pencemaran dan lebihan minyak dari dalam dengan kesan "Dirt-Magnet" yang unik. Kemudian, gunakan TurboLight Oil Control Complete Shine Control Brightening Moisturiser (harga runcit yang disyorkan RM9.90 untuk 20ml dan RM19.90 untuk 40ml) untuk kawalan lengkap kulit berminyak dengan ekstrak lemon dan mineral yang mengawal lebihan minyak.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.