RSS

Thursday, October 10, 2013

Belajar mengaji dengan betul


Aku yakin ibu bapa sekarang ini, anak kecil lagi dah hantar belajar mengaji. Memang bagus. Aku dulu pun sama juga. Dari kecil dah belajar mengaji. Memang rasa bacaan aku dah bagus tapi bila aku masuk kelas tajwid yang diadakan kat ofis aku baru aku tahu bacaan aku tak betul. Nak sebut huruf hijaiyah pun tak betul. Macam tak percaya selama ni bacaan aku tidak betul. Banyak pula sebut perkataan tak betul..huhu  

Belajar mengaji ini tak kira usia. Bukan kanak-kanak je tau yang dewasa pun perlu. Tapi nanti bila belajar mengaji pastikan ustaz/ustazah ajar dari sebutan yang betul. Silap sebut boleh jadi huruf lain boleh bertukar makna dan boleh menyebabkan kesalahan besar dalam membaca Al-Quran. 

Bila bacaan tak betul boleh menyebabkan solat kita tidak diterima. So aku mengajak semua belajar semula mengaji dengan betul. Kalau tak dapat nak cari ustaz/ustazah nak mengajar aku rasa ini boleh membantu. Aku terbaca kat fb Ustaz Zamri ada jual DVD Mahir Mengaji. Untuk tempahan sila layari http://www.zamrizainuldin.com/

Jangan segan silu nak belajar walaupun umur dah lanjut. Bak kata pepatah, Menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Wallahualam.

1 comments:

Ira said...

Betul la zuri. Bila nk btlkn blk sebutan rs mcm susah je. Kene praktis bnyk kali bg mahir.

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.