RSS

Monday, August 19, 2013

Semak PLKN 2014, daftar matrikulasi


Selamat hari raya semua. Mesti semua dalam mood raya kan. Ada yang baru balik semalam. Wah bestnya cuti lama. Tinggal jap topik raya. Ini aku nak habaq mai pasal 2 benda ni, PLKN dan matriks. Sapa-sapa ada adik ka, sedara ka yang umur 17 tahun dah boleh semak samada terpilih untuk menyertai PLKN ke tak. Aku ni kalau adik aku tak umur 17, takde nya aku tau pun nak cek ni..huhu  

Adik aku tak pun dipilih menyertai PLKN. Memang suka gila dia. Mungkin sebab aku dah pergi dulu, so dia terlepaslah..huhu.. Yang mana lum cek lagi, boleh cek online di http://www.khidmatnegara.gov.my/

Lagi satu kepada mereka yang nak menyambung pelajaran ke matrikulasi, dah boleh beli pin no kat BSN sekarang. Pastu boleh daftar online di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm.Lepas daftar tu jangan lupa simpan no siri ok. 

Cakap pasal matriks ini, aku baru tau sekrang da ada tuk teknikal punya. Masa zaman aku dulu sains dengan akaun je. Tapi sekrang ini matriks setahun lagi ke. Bila ingat pasal matriks rasa masa tu la aku pling down sekali. Maklumlah amik kos sains, budak-budak yang lain otak power-power. Aku ini rasa tak layak pun dapat matriks dulu..huhu.. 

 Banyak juga kenangan masa matriks, macam-macam hal. Pada sapa-sapa yang nak ambil matriks hope korang tabah ye lagi-lagi yang ambil kos sains. Mengadap buku ajelah kijenya. Huhu. Oklah goodluck pada mereka yang dapat PLKN dan matriks nanti.

1 comments:

Acik Erna said...

asalam zuriey..anak acik ada umur 17 tahun.tak terpilih ke PLKN
untuk matrik..cik kelas dia yang tolong buatkan..matrik teknikal jadi pilihan..sebab dia pun sekolah teknik kan

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.