RSS

Wednesday, July 31, 2013

Product Review: Neutrogena Deep Clean Mulberry


Satu lagi produk aku nak review. First time aku review product Neutrogena ini. Product yang aku review ni nama dia Deep Clean Neutrogena Brightening Mulberry. Dari nama dah tau kan mesti diperkaya dengan ekstrak mulberi. Bau dia pun wangi yelah bau buah berry. Rasa nak makan je..huhu


Aku rasa ini first produk pencuci muka yang aku try kena buka sticker dulu kat dalam. Penat aku picit nak kasi keluar tapi tak keluar. Rupa-rupanya kena yang menghalangnya..huhu.. Jakun kejap aku.. 


 
Bila picit pencuci ni, isi dia tu memang color jernih tapi ada terasa biji-biji. Biji buah ni agaknya. Cara nak pakai macam biasa. Picit sikit kat tangan pastu tepek la kat muka. Then bilas dengan air. Aku baru je guna produk ini tapi memang best, sebabnya rasa segar sangat. Aku nak share sikit antara kelebihan produk ini: 

- bantu menyerlahkan kulit yang jelas cerah dan berseri. 
- menanggalkan 99 peratus kekotoran, minyak, bendasing dan sel-sel kulit mati 
- kulit bersih, segar dan sihat 

Untuk maklumat lanjut tentang Neutrogena dan produknya, boleh like Facebook Neutorgena Malaysia di www.facebook.com/MyNeutrogena

1 comments:

ejulz said...

Ada. Biasa picit terus je. Hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.