RSS

Friday, July 5, 2013

Hari Ketiga di Vietnam: Menyusuri Sungai Mekong(Part2)

Sambungan cerita sebelum ini, menyusuri Sg Mekong. Kalau ingat lagi, aku ada bagitahu yang kitorang ada pergi ke kampung-kampung dan diorang ada menghasilkan barang berasaskan kelapa. Cer tengok gambar kat atas, itulah adalah sebahagian hasil kreativiti orang Vietnam.
Then kitorang dapat tengok demo memasak. Tapi aku tak sure la apa yang dia masak ini. Sekali tengok macam lempeng. Kena gaul-gaul pas2 keringkan. Tak tergamak pula nak merasanya.hehe.. Then kitorang berjalan lagi naik turun jambatan pula. Ala jambatan tak panjang pun cuma agak bergoyang juga bila dah naik ramai-ramai. Seram kejap mak dibuatnya..hehe..
Dah penat berjalan, kitorang naik kenderaan khas pula. Naik kuda comel. hehe.. Cian kuda ni kena pikul kitorang. Naik kuda sambil menikmati panorama di kampung ini. Boleh tahan jauh jugalah. Dah sampai tu hulur-hulur la sikit tips untuk orang yang pandu kuda tu.
Then kitorang jalan kaki lagi sikit. Adalah orang Vietnam yang buka gerai2 kecil sepanjang jalan. Barang yang dijual lebih kurang sama je, cuma harga ada beza sikit. Last tempat kitorang pergi ini aku tak tahu lah apa namanya. Korang baca lah signboard kat dalam gambar kat atas ini..hehe
Setelah penat menempuh segala ranjau, amboi kemain ayat.hehe.. kitorang dijamukan dengan buah-buahan tempatan yang ada. Lebih kurang sama je buah yang dihidangkan tu dengan yang ada kat Malaysia. So takdelah jakun sangat.hehe..
Bukan dapat makan je, kitorang juga dihiburkan dengan persembahan dari mereka. Orang Vietnam ini mempersembahkan nyanyian traditional diorang. Pandai gak diorang ni nyanyi..hehe.. Ada lagu tu rentak dia macam lagu Melayu Si Jantung Hati, Kalau anda gembira tepuk tangan. Time tu kitorang pun sibuk nyanyi gak tapi in Malay lah..hehe..
Belum habis lagi perjalanan ni, nak balik semula ke bot kitorang naik pula sampan. Cuak gak mula-mula. Yela yang dayung tu perempuan lepas tu tak pakai life jacket.hehe.. Dah tak tahu berenang kan. Tapi selamat gak kitorang. Siap bagi rasa dayung sampan tu. Baru dayung sikit dah penat.. Gilir-gilir kitorang dayung. Macam mana lah makcik Vietnam tu dayung. Memang kuat stamina dia.
Dah penat berjalan ke sana ke mari, perut dah mula berbunyi. Lunch time. Aku suka sangat hidangan yang di sediakan di restauren. Lengkap semuanya, sedap pula tu. Perut dah memang lapar, licin pinggan masing-masing.
Kat sini memang makanan Halal dan Melayu yang dihidangkan. Majoriti yang datang orang Malaysia. Memang puas hati. Sampai ke malam kenyangnya.
Bru je kenyang, dapat pula minum air kelapa free atas bot. Pergh nasib ada ruang sikit. Boleh isi lagi la. Seronok minum air kelapa atas bot dengan angin sepoi2 bahasa. Feeling2 u alls. Nasib baiklah kitorang dah siap-siap tempah package ini dari Malaysia lagi. Kalau tak mau kebulur dibuatnya. Dahlah susah nak dapat makanan halal. Fuhh.. habis dah part jalan-jalan kat Sg Mekong ini. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. So korang kalau nak pergi Vietnam, mailah ke Sg Mekong.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.