RSS

Wednesday, July 3, 2013

Hari Ketiga di Vietnam: Menyusuri Sungai Mekong

Sambung lagi cerita pasal Vietnam ni. Belum habis lagi tau. Ini baru hari ketiga. Aku kat sana 4 hari..hehe.. Setelah 2 hari bershopping sakan, hari ketiga ini shoping juga.hehe. Tapi sebelum sambung shopping kitorang berjalan-jalan menyusuri Sg Mekong.
Perjalanan mengambil masa 2 jam. Tapi aku rasa ambil masa yang agak lama sebab diorang punya law takleh bawa lebih dari 50km/j rasanya. Memang slow je naik bas ini. So bila dah lama dalam bas, apalagi posing la. Dalam bas pun jadi..hehe
Bila dah sampai Sg Mekong tu, kitorang pun naiklah bot sambil melihat keadaan keindahan alam. Ada restoran terapung dalam kapal lagi u alls. Rasa mcam kapal titanic je. Atas bot tu ada tourist guide yang bercerita mengenai Sg Mekong. Peramah gak tourist guide ni. Kitorang bukan sahaja menaiki bot menyusuri Sg Mekong tu, tapi kitorang melawat juga kampung-kampung yang ada di sana.
Atas bot pun posing juga.. Kat Malaysia takde bot camni..hehe
First persinggahan kitorang dapat merasai teh bercampur madu dan juga makanan berasaskan pisang. Ada yang kena dengan tekak aku, ada yang tak boleh. Tapi ada juga makanan diorang yang ada kat Malaysia. Sambil merasa boleh juga nak beli untuk di bawa pulang. Harga berpatutan
Next kitorang pergi pula ketempat pemprosesan gula-gula berasakan kelapa. Sedap gak rasanya. Kat sini macam2 barang dan makanan berasaskan kelapa boleh di dapati. Cantik gak hasil perhiasan yang diorang buat. Banyak lagi gambar nak share dan nak diceritakan. Rasanya kena sambung next entry. Panjang sangat pula.. Tunngu ye jelajah Sg Mekong ni.. Stay Tuned..

1 comments:

Norfanil said...

tk pernah gi vietnam..tapi ada perancangan insyaAllah.. kumpul duit lu

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.