RSS

Friday, June 28, 2013

First and second day di Vietnam


Pengalaman yang tak dapat dilupakan. First day kami menjejakkan kaki di Vietnam ada sedikit dugaan yang dihadapi. Ke hulu kehilir dibuatnya. Ingatkan bila sampai hotel leh campak beg pastu dah boleh bershopping. Takpela biasalah kan perkara-perkara yang tak dijangka berlaku. Lumrah kehidupan lagi-lagi berada di negara orang. So, first day kami tak sempat nak pergi mana-mana sebab sampai pun dah malam. Aktiviti tidur di hotel sahaja. Kalau tak silap hotel RM90 semalam. Kalau dari hotel ini nak ke pasar malam menapak jauh juga la.



Bersambung untuk hari kedua di Vietnam, pagi-pagi lagi dah keluar berjalan. Tempat pertama di lawati adalah Binh Tay(China Town). Kat sini memang murah kain-kain ela antaranya kain cotton dan kain sutera vietnam. Tapi korang kena pandai tawar-menawar. Kalau boleh survey-survey dahulu then dah decide yang mana satu nak baru tawar. Kalau tidak memang kena marah la korang. Lagi satu bila kat sini heti-hati ye dengan barang-barang berharga. Pick poket memang banyak. Perkara paling penting korang jangan terkejut bila adegan tarik menarik masuk ke kedai nanti. Diorang ni main sambar je tak kira laki ke perempuan masuk kedai diorang. So be careful. 


 
Lepas habis borong kat situ, kami beralih pula ke tempat borong yang lain. Nama tempat tu An Dong. Kat sini ada jual macam-macam. Ada jual beg, jual baju, jual kasut. Macam biasa skil menawar perlu ada. Kalau boleh pergi kedai yang penjualnya faham Bahasa Melayu atau Inggeris. Kalau tidak sorang cakap bahasa itik sorang cakap bahasa ayam. 


Tengoklah kami beria tawar menawar dengan penjual. Lagi banyak beli lagi banyak boleh tawar. 


Next station tuk borong kain telekung adalah di kedai Hajah Basiroh. Memang murah telekung diorang. Ini kira HQ kedai Hajah Basiroh. Dekat pasar malam pun ada juga. So kalau nak datang Vietnam make sure duit tu bawa lebih sikit. Rambang mata dibuatnya nanti. Malam pula kami pergi ke pasar malam Benh Tan.Kira satu hari bershopping sakan sampai makan pun tak ingat. Dah malam baru kebulur sorang-sorang. Makanan halal memang susah sikit nak cari.Tapi kat pasar malam tu banyak kedai halal. Cuma mahal la sikit. Nasi goreng sahaja RM15. 


Ini antara kedai Halal yang ada. 


Nasi Goreng Seafood, ciput je..huhu.. Make sure korang bawa makan sampingan dari Malaysia ok. 


Aku memang kebulur masa ini, tak boleh hidup rasanya tak dapat makan nasi sehari. Boleh mengggigil oo..huhu. Ok akan sambung lagi cerita vietnam ni untuk hari ketiga pula.. Banyak cerita lagi ini. Tak menang tangan nak menaip..hehe

4 comments:

Syeeda said...

bestnya dapat shopping.. =)

- zuriey - said...

best habis kan duit..hahaha

Mimie Freakontangious said...

ciput jer dowh nasi nyer... tah kenyang ker tak makan banyak tu.

fyna said...

waaaa..bestnya jalan-jalan. ^_^

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.