RSS

Thursday, May 9, 2013

Pembersih muka Neutrogena® Deep Clean ekstrak mulberi dan limau gedang



Jenama penjagaan kulit No. 1 yang paling disyorkan* oleh ahli dermatologi, Neutrogena®, melancarkan dua siri baharu di bawah rangkaian Deep Clean® – iaitu Neutrogena® Brightening Mulberry dan Neutrogena® Revitalizing Pink Grapefruit.  

Ekstrak mulberi di dalam Neutrogena® Brightening Mulberry membantu menyerlahkan kulit yang jelas cerah dan berseri, manakala sari limau gedang merah jambu menanggalkan sel-sel kulit mati agar kulit nampak lebih muda dan sihat. 

Kedua-dua siri ini merupakan pembersih muka buih ultra yang membersih jauh ke dalam pori-pori dengan buihnya yang halus dan kaya, yang terbentuk apabila keluar daripada botolnya; dan pembersih skrub yang mempunyai butiran pengelupasan halus untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Kedua-dua cara ini berkesan untuk menyerlahkan wajah yang lebih berseri dan segar dari dalam. 

Berikan kulit anda keserian dan kesegaran yang anda idamkan! Rangkaian Neutrogena® Deep Clean® Brightening Mulberry dan Revitalizing Pink Grapefruit boleh didapati di farmasi-farmasi utama di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut tentang Neutrogena® dan produknya, sila layari dan “like” Facebook Neutrogena® Malaysia di www.facebook.com/MyNeutrogena.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.