RSS

Wednesday, April 17, 2013

Life Centre kini berwajah baharu dengan restoran yang unik dan hiburan yang menarik



Lokasi trendy Kuala Lumpur kini diberikan nafas baru. Memperkenalkan wajah terkini LIFE CENTRE, hab F&B dan hiburan yang menawarkan hidangan gastronomi yang unik dan acara-acara yang menarik di tengah-tengah ibu kota.

   

Pertunjukan Tarian Singa semasa Grand Opening LIFE CENTRE 

Selepas kerja pengubahsuaian dan pembaharuan yang menyeluruh, LIFE CENTRE kini muncul sebagai lokasi yang menarik di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur untuk pengunjung tidak kira usia untuk bersantai dan menikmati suasana yang tenang di tengah-tengah ibu kota. 

  
 Pengasas Mr Ng Lian Chin dan Mrs. Ng (front) semasa acara memotong reben 

Salah sebuah outlet F&B di sini, Serai Asian & Western Cuisine, pengunjung boleh menikmati hidangan asli dan bermutu yang menggabungkan cita rasa timur dan barat.  

James Ng, Pengarah LIFE CENTRE berucap ketika Grand Opening LIFE CENTRE 

Peminat kereta dan yang memerlukan vroom dalam kehidupan mereka akan teruja bahawa terdapat sebuah pusat pameran kereta berjenama LEXUS. Demi kemudahan pelanggan, terdapat juga sebuah kedai serbaneka 24 jam bernama 7-11.

  

James Ng (Director of LIFE CENTRE) dan selebriti jemputan.(L-R) – Noh Hujan, Mizz Nina, James Ng, Huang Feng Feng(黄凤凤), Yao Yi(姚乙) dan Thanuja Ananthan 

Satu lagi daya tarikan LIFE CENTRE ialah KL Live, sebuah dewan tertutup yang terkenal sebagai hos kepada konsert secara langsung yang hebat, parti DJ, pertandingan tarian serta acara korporat di Kuala Lumpur. Antara nama artis-artis muzik tempatan dan antarabangsa yang terkenal seperti Simple Plan, Train, Stereophonics, Christina Perri, Greyson Chance, Ning Baizura, Bosco Wong, Sherman Chung dan Jay Park pernah membuat persembahan mereka di dewan ini yang mengandungi dua aras, sebuah pentas (termasuk ruang belakang pentas dengan bilik persiapan) dan dua buah bar yang berlesen. 

 Kunjungilah lokasi terkini untuk berhibur! Datanglah ke LIFE CENTRE hari ini untuk menikmati segala keseronokan yang ditawarkan di Kuala Lumpur di bawah satu bumbung.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.