Monday, March 11, 2013
Selamat Hari Wanita.Stop Violance Against Women

Rasanya tak lambat lagi nak mengucapkan selamat Hari Wanita kepada semua wanita. Kebetulan Hari Wanita tahun ini sama pula dengan tarikh birthday mak aku iaitu pada 8 Mac yang lalu. Aku dapat jemputan oleh BodyShop sempena Hari Wanita ini. Diorang adakan flash mob di Pavillion. Sempat aku terjah event ini.
Kru-kru dari Lisa, Suria Fm dan Red Fm pun ada menjayakan event ini. Boleh dapat t-shirt dan hadiah sampingan kalau dapat jawap soalan diorang.
Ramai juga yang join event ini. Student ada, staff Body Shop pun ada, artis pun ada. Nak tahu aku jumpa sapa..Jeng,jeng,jeng
Agak-agak boleh cam tak dari belakang siapa artis ini. Masa ini artis ni sibuk ambil gambar kakak dia buat flash mob.
Aku jumpa Vince, tapi tak dan nak bergambar dengan dia. Tengok-tengok dia dah takde.hehe
Bersemangat betul kak Vince ni buat flash mob, seronok tengok..
Wanita-wanita yang datang event ni dapat bunga dan belon. Lama tak dapat bunga..hehe. So once again, Selamat Hari Wanita. Hargailah wanita dan berhentilah melakukan keganasan terhadap wanita.



1 comments:
selamat hari wanita.. :)
bestnye dpt bunga.
Post a Comment