RSS

Tuesday, March 26, 2013

Review Movie: Oz the Great and Powerful



Baru- baru ini aku dapat join tengok movie Oz the Great and Powerful di Genting Highland. First time layan wayang kat Genting. Yela selalu kalau pergi Genting main games jela. Pada mulanya aku ingatkan ini cerita kartun tapi bukan ye. Movie ini kalau nak tengok kena tengok yang 3D punya. Memang cantik dan teruja kalau tengok 3D ini. Rasa macam kita berada di alam fantasi.

 

OZ yang hensom, seorang kaki perempuan. 

Sinopsis Oz the Great and Powerful 

Oscar Diggs (James Franco) seorang ahli silap mata sarkas di Kansas merupakan seorang kaki perempuan. Akibatnya dia telah pun diburu. Semasa diburu Oz telah pun melarikan diri menaiki belon panas dan terlibat dengan ribut taufan. Ajaibnya Oz telah selamat dari taufan tersebut dan berada di dunia lain. 

 

Ahli sihir Glinda yang jelita. 

Di sini Oz telah berjumpa dengan 3 orang ahli sihir,Theodora (Mila Kunis), Evanora (Rachel Weisz), and Glinda (Michelle Williams). Tanpa disedari Oz merupakan ahli sihir yang terpilih untuk menyelamatkan Emarald City dari ahli sihir jahat. 

 
Adik Beradik Theodora dan Evanora. 

Oz perlu mencari ikhtiar bagaimana untuk menyelamatkan Emarald City dan perlu mencari siapa sebenarnya ahli sihir yang jahat.

  

Dalam mencari kebenaran Oz di temani oleh monyet yang menjadi hambanya. 

Tidak lupa patung porselin yang diselamatkan Oz turut bersama menyelamatkan Emarald City 

Cerita ini memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Tak rugi tengok cerita ini. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk cerita ini. Apa lagi jom tonton!

2 comments:

PuanGojes said...

bestkan dear ;)
saya pun da tengok sama :D

Cik Nurul Siezuka said...

Best.. Dah tgk.. Nurul suka patung porselin tu... comel sgt2..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.