RSS

Monday, March 25, 2013

Peluang menjadi angkasawan. Ke angkasa bersama AXE



Bercita-cita atau mempunyai impian menjadi angkasawan? Ingin ke angkasa? Kini bukan lagi angan-angan kosong tapi akan menjadi realiti.AXE melancarkan kempen untuk menemui bakal angkasawan Malaysia. Ini bukan cobaan tapi betul-betul ye.

   

14 Mac yang lalu telah berlangsung pelancaran deodoran terbaru AXE iaitu APOLLO. Pelancaran ini di adakan di Hotel Oriental Mandarin,KLCC. Memang rasa cam ada kat space, bila tengok dekorasi dan pakaian mereka ini.

  

MC untuk event tersebut ialah Julie Woon.

  

Meh aku cerita sedikit pasal jadi angkasawan ini. Alkisahnya bermula ... 

Bagi merekrut kadet-kadet untuk perjalanan unggul ini, AXE Apollo Space Academy (A.A.S.A) telah ditubuhkan dengan kerjasama seorang legenda angkasa lepas, Buzz Aldrin. Dengan menganggotai A.A.S.A di AXEApollo.com, kaum lelaki dan wanita akan berpeluang untuk merebut satu perjalanan ke angkasa lepas bersama agensi angkasa antarabangsa, Space Expedition Corporation (SXC).

Melalui pelancaran produk terbesar dalam sejarahnya selama 30 tahun, AXE kini menyeru kaum lelaki dan wanita dari 60 buah negara di segenap pelusuk dunia untuk berdaftar dengan A.A.S.A dan mencipta profil angkasawan mereka di AXEApollo.com dan memberitahu kepada seluruh dunia mengapa mereka layak untuk ke angkasa lepas. 

  

AXE telah bekerjasama dengan SXC bagi mendapatkan 22 tempat duduk di pesawat angkasa lepas suborbital, ‘Lynx’. SXC yang diterajui oleh CEO Michiel Mol mengendalikan pesawat suborbital Lynx milik XCOR Aerospace yang membawa para penumpang lebih dari 100 kilometer ke dalam angkasa lepas, sekaligus memberikan mereka status angkasawan.

  

Daftar sekarang untuk peluang ke angkasa lepas dengan menyertai A.A.S.A di AXEApollo.com. Tertakluk kepada terma dan syarat. Deodoran semburan badan baharu AXE Apollo kini boleh didapati di pasaran pada harga RM16.90. 

Nothing beats an astronaut. Ever. 

P/S: Sorry gambar tak berapa clear dan berkualiti.

2 comments:

Hafiz Rahim said...

Macam best je..mana lah tahu merasa gak naik ke angkasa..kena try ni.cuba nasib.

Cik Nurul Siezuka said...

Wah macam best... boleh cuba ni..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.