RSS

Thursday, March 21, 2013

Ketagih novel



Dulu masa kat sekolah memang gila baca novel. Dia tak boleh start, bila dah start tak tidur malam pun sanggup nak habiskan baca novel. Memang penangan betul. So lepas dah kerja ni memang dah lama aku tak baca novel. Tak tahu la kena sampuk apa tiba-tiba minat pula nak membaca. Maklumlah lepas balik kerja memang takde apa nak buat pun. So bolehla mengadap.  

First novel aku dah habis baca bertajuk MUSUHKU SUAMIKU. Not bad gak cerita ini. Tapi cerita dia kalau di 'elaborate' lagi panjang sikit aku rasa lagi best. Ceh, jadi pengkritik pula. Cer buat sendiri lagi tak jadi apa.hehe 

Sekarang ini novel kedua pula HATI INI MILIKKU. Tebal gak cerita ini. Dah separuh jalan aku baca. Menarik, rasa nak tergelak dan rasa macam aku jer dalam cerita tu. Bukan apa cerita dia romantik sampai aku terbawa mimpi..huhu.. 

Patutlah banyak cerita sekarang berdasarkan novel. Idea penulis novel ini memang tak dijangkal. Penulis-penulis ini memang dianugerahkan oleh Allah ilham, imaginasi dan bakat menulis. Bukan senang tu nak jadi penulis. Kalau aku, satu bab cerita lepas lah, nak kasi panjang berjela lepas tu tebal satu buku tak tersiaplah gamaknya..hehe

4 comments:

Cho Zila said...

membaca novel kegemaran akak suatu masa dulu.. sekrang dah takder masa...

Dkna Abza said...

dulu dkna pon minat gak baca novel nie

kak ina kl said...

suka gak layan novel..tapi terkena virus drama korealah pulak

nur said...

dah lama tak membaca..

nur dari ALL IN ONE

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.