RSS

Tuesday, March 19, 2013

Janda Baik dan Genting Highland



Hujung minggu lepas, kitorang geng-geng ofis pergi ke Janda Baik. Aku ni ngikut je, diorang yang merancang semua. hehe. First time ke Janda Baik. Selalu lalu je takpun dengar je orang bercerita pasal Janda Baik. Bukan janda-janda yang tinggal kat sana tau. Kat Janda Baik ini ada sungai,ada chalet-chalet. Air sungai memang sejuk tapi hati-hati batu licin dan air agak deras.

 

Ini pondok yang kami sewa RM17.00 sahaja. Kami pergi balik hari je. Okla pondok camtu. Kalau bawa family pun ok, sejuk je duk kat pondok ni. Rasa nak terlena je. 

 

Menu makan pagi dan tengahari, nasi lemak, nugget dan keropok. Sebelum mandi mesti makan dulu. Lepas mandi pun makan lagi..hehe

  

Posing jangan tak posing, bukan selalu dapat datang sini. Lepas puas bermandi manda kami pun pulang. Tapi bukan pulang balik rumah. Kitorang singgah pula ke Genting Highland.

  

Memang tak dirancanglah naik Genting. Maklumlah semua yang pergi bujang. Tak kisah nak pergi mana-mana pun. Bila tak dirancang ini kitorang jenjalan jela kat atas tu. Bergambar la apa lagi.  

 

Pose baik punya..hehe..Perasan lebih. Lepas ini insyaallah nak ke Vietnam. Ini pun plan last minit. Harap-harap ada lah duit lebih sikit nak shopping kat sana..huhu

3 comments:

Ira said...

wah.. bestnye.
ira x penah pegi lg janda baik. kene la ajak driver pegi ni.
hehe..
nnt apa2 leh la tnya zuri nama tmpt tu. zuri g 4 org je ke?

kakngah said...

waa.. cam bes je janda baikni. harus msk senarai nk bwk anak2 g mandi manda kat sana..

nur zunairah humaira said...

tgk tempat pun macam nak tido...hee

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.