RSS

Thursday, February 7, 2013

Dusun Eco Resort


Cuti hari Wilayah hari tu aku join event di anjurkan oleh department aku. Ini kira first time aku join event yang dianjurkan..huhu.. Tempat yang dipilih ialah Dusun Eco Resort. Sini memang tempat untuk teambuilding, tak sesuai la kalau nak honeymoon. Hutan je pun. Buat aku yang dah lama tak buat aktiviti lasak ini memang cepat pancit juga. Lama dah tak join event outdoor tough2 macam ni. Rasa last masa PLKN kot.



Sampai je kat sana, makan buah-buahan. Memang aku melantak habis. Aku jarang dapat makan durian, so apa lagi lepaskan gian. Tengoklah gelojohnya aku makan.huhu. Makanan yang disediakan kat sini memang sedap. Bertambah aku makan. 



Kalau tak bergambar tak sah lah. Pantang nampak orang bergambar mesti nak cilok masuk sekali.. Sawan gambar..hehe 



First aktiviti, berakit-rakit ke hulu berenang-renang kemudian. Kena buat rakit sendiri dan naik rakit tersebut. Bila semua orang nak tak nampak langsung bayang rakit..hehe 



Yang ini jungle trekking. Jalan sikit dah bergambar. Last2 dekat 3 jam lebih baru sampai ke destinasi. huhu.. Sempat je bergambar walau dalam hutan 



Aku paling suka aktiviti ini, naik jambatan gantung dengan flying folks. Pergh memang menggerunkan jambatan gantung ini. Neves bila tengok kat bawah, gayat oo. 



Partner aku masa buat flying folks. Terangkat aku tinggi kat atas. Huhu.. ringan sangat. Tapi memang syok, rasa nak buat lagi. 



Time balik semua kepenatan. Apa lagi tido la dalam bas. Overall memang bestlah. Kaki aku sampai sakit jadinya. Mana tak nya, bila wat aktiviti tak buat skretching langsung. Orang dah lama tak exercise camnilah jadinya

5 comments:

Ira said...

best kan.. rasa nk buat lg.. tp jungle trekking xnk buat da la.. hehehe

Lynn Hamzah said...

Pernah gie kursus kat sini dulu...

[-suziey-] said...

ehem..mstila bestttt...kena kacau ngn hantu lg best..ekekeke:p seb bek xtau before pegi..kalau x mmg haru..

hazman aka species1980 said...

kem salam kat awek baju hijau tu yea....hehehehe....tapi tengok muka tu steady je walaupun letih yea

Azham Vsvc said...

Bestnya! selalu tgk iklan tempat ni kat newspaper masa dulu, skrg dah kurang promosinya hehehe.....

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.