RSS

Tuesday, February 19, 2013

Deep Action Daily Pore Cleanser Clean & Clear®



Clean & Clear® membawakan satu lagi inovasi baru bagi remaja di negara ini dengan Clean & Clear® Deep Action Daily Pore Cleanser yang baharu, pembersih muka yang berkesan dengan fungsi dwi-aksi yang unik bagi mengawal minyak dan menghilangkan bintik hitam, memberikan kulit yang bersih berseri bagi para remaja.

   

Pembersih muka baharu ini menggunakan beberapa teknologi Clean & Clear® untuk mengurangkan keadaan muka yang berminyak dan bintik hitam bagi remaja. Pertama, merupakan ekstrak istimewa Pure Rice™ yang disaring daripada protein beras semula jadi untuk menyerap minyak dari kulit sepanjang hari seperti span-mikro. Secara amnya, ia berfungsi dengan menyerap sebum (minyak yang dikeluarkan oleh kulit) daripada pori 8 kali ganda lebih cepat dan mampu bertahan selama 8 jam. 

 

 Selain itu,teknologi yang digunakan adalah mikroskrub epal dan formulasi asid buah epal semulajadi.Formulasi ini membantu menghilangkan bintik hitam secara efektif dan lembut. Selain daripada itu, Clean & Clear® Daily Pore Cleanser turut mengandungi Asid Salisilik (Salicylic Acid) yang menyerap jauh ke dalam epidermis dan pori-pori bagi mengelakkan pori tersumbat.

  

Hanis Zalikha, selebriti blog kecantikan mengakui keberkesanan Clean & Clear® Daily Pore Cleanser, yang merupakan langkah pertama dalam amalan kecantikannya. Pelakon muda Sherry Ibrahim berkata bahawa kulitnya kelihatan lebih bersih tanpa bintik hitam selepas menggunakan Clean & Clear® Daily Pore Cleanser. 

Clean & Clear® Daily Pore Cleanser boleh didapati dalam saiz 50gm dan 100gm di pasar raya serta farmasi terkemuka. Untuk maklumat lanjut akan Clean  Clear® serta rangkaian produknya, layari laman “My Clean & Clear” di www.facebook.com.

2 comments:

Ira said...

kalau blh ilang.. nk jgk try.
hehe..

shazrina said...

saye pakai safi rania gold .. :D pernah nak tukar jenama lain, loreal ke, tapi tak ngan laaa ngan kulit i :) ..dengan clean n clear ni x pernah cube lak :D

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.