RSS

Thursday, February 28, 2013

AES punya pasal



Ini cerita bermula sesudah aku dapat gaji untuk bulan ini. Aku dapat call dari ayah yang ada berita tak baik. Berderau gak rasanya. Bila tau berita tak baik tu aku terus gelak. hahah.. aku memang dah agak akan dapat surat cinta dari JPJ. Surat saman lah apa lagi. Saman sebab aku bawa laju lah, anyway siap ada gambar nampak muka aku. Tak boleh blah.  

Ini semua gara-gara AES. Kebetulan malam tu aku terpecut bila lalu depan AES. Ala sikit je pecutnya. Sepatutnya bawa 90km/j je tapi aku telebih bawa 13 km/j. So kelajuan aku masa tu 103km/j. Takdela laju sangat. Time aku belajar drive dulu pun, pakcik yang ajar aku tu kata kalau had laju 80km/j kita leh lari maximum laju smp 90 km/j. So aku memang ikut cakap tok guru aku..hehe 

 

Lepas ini aku bawa slow jela. Macam baru dapat P dulu. Yang sadisnya, baru aku dapat gaji dah kena keluar duit. Baru nak berjimba-jimba. Apa nak buat bukan rezeki aku. Aku dah pun bayar saman tu guna MYEG, hari yang sama surat sampai ke rumah. Cepat tak aku. Nanti ayah aku membebel pula bayar lambat, takut nau aku naik mahkamah nanti..huhu.. 

So, korang hati-hati ye di kawasan-kawasan ada AES ini. Jangan terlajak pula nanti tak pasal-pasal dapat surat macam aku. I HATE AES!!!!

3 comments:

KiD said...

aduhaaaaaiii.... lepas ni memang kena slow laaa kawasan tu.. huhuhu

Ira said...

hehe.. tok guru zuri ajar time takde AES lg.
Hati2 lps ni ye. syg duit n syg nyawa :)

ashadin said...

hati hati ye Zuriey..... huhu tak pasal2 nak kene bayar saman kan

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.