RSS

Monday, January 7, 2013

Review Movie : Minyak Dagu


Lama sudah aku tak dapat layan movie free ini.hehe Maksud aku join pratonton. Mungkin di sebabkan lokasi dan masa menyebabkan aku ambil keputusan untuk tidak join apa-apa contest untuk pratonton ini. Kali ini aku teruja nak tengok, mungkin tarikan dari iklan. Pratonton kali ini di MBO Subang pada 3 Januari lalu. Kira ini pembuka filem untuk tahun 2013.


Masa pratonton kali ini agak kecewa sedikit sebab pelakon utama untuk filem ini tak dapat hadir. Punyalah lama tunggu, last-last takde rupanya. Yang ada pelakon-pelakon MIG, kenyakannya yang baru. Aku pun tak berapa kenal..huhu Ada sedikit yang buat aku hangin masa ini sebab lambat sangat start. Dalam invitation tulis pukul 8 last-last 9 lebih baru start. Sabo jela, berapa kali aku menguap nak tunggu cerita start.

 
Sinopsis :Kalau cakap pasal minyak dagu mesti dah dapat agak kan, minyak dari mayat yang digunakan untuk membuat seseorang sukakan orang lain. Sama macam cerita, oleh kerana suka dan sayang sangat kat bekas tunang, sanggup di kenakan bekas tunang tu. Jalan cerita simple dan boleh agak apa yang berlaku. Cuma bila tengok kat pawagam ini, sound efek dia memang kuat, itu yang membuat kita berdebar tengok cerita ini. Keseluruhan aku bagi 3 dari 5 bintang. Datang lah ke pawagam berhampiran kalau nak rasa sound efek dia tu..hahaha

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.