RSS

Monday, January 28, 2013

Guinness World Records™ : Pembersihan Laut Dalam Terpanjang Berterusan


Astro Kasih kembali ke Sabah dengan program alam sekitar Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR), “Beautiful Malaysia”.Astro Kasih berharap untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan kehidupan dan persekitaran marin dengan mensasar untuk menjadi sebahagian daripada Guinness World Records™ bagi Pembersihan Laut Dalam Terpanjang Berterusan di Taman Marin Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu, Sabah. Astro Kasih menjemput penyelam berkelayakan untuk menyertai program ini secara sukarela dari 6 hingga 13 April, 2013.  

Pada tahun 2011, program CSR Astro Kasih, “Beautiful Malaysia”, telah berjaya memindahkan 777 batu karang di Terumbu Reben (Ribbon Reef), Taman Marin Tun Sakaran di Sabah. Program tersebut merupakan suatu kejayaan besar kerana telah berjaya memecahkan Malaysia Book of Records™, mengatasi pemegang rekod sebelumnya yang memindahkan sebanyak 501 karang. Berikutan kejayaan tersebut, Astro Kasih menerusi “Beautiful Malaysia” berharap untuk terus membuat perubahan serta mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan mewujudkan Malaysia yang indah sekaligus mencatatkan rekod baru di dalam Guinness World Records™ bagi Pembersihan Laut Dalam Terpanjang Berterusan selama 168 jam tahun ini. 


Dengan sokongan daripada Kerajaan Negeri Sabah, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Persatuan Wartawan Sabah, Astro Kasih menjemput penyelam-penyelam bertauliah untuk turut serta menjayakan program pembersihan laut dalam secara berterusan selama 168 jam, iaitu selama 7 hari dari 6 hingga 13 April, 2013 di 14 tapak menyelam sekitar Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, Sabah. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan penyertaan, sila ke laman sesawang www.astrokasih.org/beautifulmalaysia. Sukarelawan-sukarelawan yang terpilih akan menerima penginapan lengkap di Sutera Harbour Resort. 


 
Orang ramai juga boleh membawa keluarga masing-masing untuk mengambil bahagian dalam Hari Pemuliharaan Marin Astro Kasih pada 13 April (Sabtu) dari 6.30 pagi hingga 4.30 petang di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Acara yang pasti menyeronokkan ini terbuka kepada umum secara percuma serta menyediakan aktiviti pembelajaran mengenai pemuliharaan kehidupan marin. Ini termasuk pelbagai bengkel dan ceramah mengenai pemuliharaan kehidupan marin, pembersihan pantai, peraduan melukis dan mewarna,pertandingan arca pasir, latihan snorkel & menyelam untuk yang kurang bernasib baik,pertandingan memasak, demonstrasi memasak oleh chef-chef selebriti, sukaneka pantai,konsert mini dan banyak lagi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.