RSS

Sunday, January 6, 2013

Face Mapping® Dermalogica® membantu mendapatkan Pelembap yang sesuai

Pelembap memang penting dalam mengekalkan hidrasi kulit. Akan tetapi penggunaan pelembap yang salah boleh menimbulkan masalah seperti pori tersumbat, minyak berlebihan, jerawat dan kulit sensitif. Dalam sesetengah kes, pelembap tersebut tidak pun memberi kelembapan yang mencukupi untuk melindungi kulit daripada kekeringan. Dermalogica® boleh membantu mendapatkan pelembap yang sesuai untuk kulit muka kita.  

Pasukan profesional pakar kesihatan kulit Dermalogica® mengesyorkan empat jenis pelembap yang juga merupakan produk pelembap paling laris jenama ini. Bergantung pada jenis kulit dan keperluannya, terdapat produk pelembap yang sesuai untuk anda bagi kegunaan harian dan keperluan khas. 

Active Moist (Terdapat dalam saiz 50 ml dan 100 ml) 

Kegunaan: untuk kulit berminyak. 

Dermalogica® Active moist adalah pelembap ringan dan bebas minyak untuk pelindungan kelembapan harian yang melembapkan permukaan kulit di samping melicinkan kulit dengan pati botani. Tidak mengandungi wangian dan warna tiruan. 

Cara penggunaan: Sapu pada muka dan leher yang lembap dengan urutan ke atas. Lebih baik jika digunakan selepas menggunakan Multi-Active Toner. 

Skin Smoothing Cream (Terdapat dalam saiz 50 ml dan 100 ml) 

Kegunaan: untuk kulit kering atau penuaan pra-matang. Krim sederhana ringan dengan sari botani yang nyaman dan vitamin antioksidan untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit di samping menambah baik tekstur, membantu mengekalkan keanjalan dan tona. Tidak mengandungi wangian dan warna tiruan. 

Cara penggunaan: Sapu pada muka dan leher yang lembap dengan urutan lembut ke atas. Lebih baik jika digunakan selepas menggunakan Multi-Active Toner. 


Intensive Moisture Balance (Terdapat dalam saiz 50 ml dan 100 ml) 

Kegunaan: untuk kulit kering atau penuaan pra-matang. Pelembap phyto-nutrient ultra-kaya direka untuk menangani masalah kulit kering dan mengurangkan tanda-tanda penuaan pra-matang. Tidak mengandungi wangian dan warna tiruan. 

Cara penggunaan: Sapu pada muka dan leher yang lembap dengan urutan lembut ke atas. Gunakan dua kali sehari, siang dan malam. 

 
Super Rich Repair (Terdapat dalam saiz 50 ml) 

Kegunaan: untuk kulit kering kronik, matang atau penuaan pra-matang. Krim pekat yang menangani masalah kulit kering kronik, ternyah hidrat dan penuaan pra-matang di samping memulihkan dan melindungi kulit. Pelembap Dermalogica® yang kaya ini melegakan, melembap dan menggantikan semula kelembapan walau pun untuk kulit kering paling kronik di samping bertindak sebagai pelindung serentak untuk melawan keadaan persekitaran yang melampau sejuk dan kering. Tidak mengandungi wangian dan warna tiruan.

Cara penggunaan: Sapu pada muka dan leher dengan urutan lembut ke atas. Tunggu sehingga krim menyerap sebelum menggunakan produk tambahan. Gunakan satu atau dua kali sehari. 

Kunjungilah mana-mana pusat Dermalogica® hari ini untuk mendapatkan perundingan Face Mapping® profesional yang akan mengenal pasti pelembap yang paling sesuai untuk kulit anda.

1 comments:

Anonymous said...

Dermalogica adalah produk terbaik muka yang pernah saya digunakan. Saya hanya ingin berkongsi dengan anda bahawa saya mendapat Dermalogica produk wajah dari LahBeauty.com. Mereka menawarkan harga yang terbaik di bandar.

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.