RSS

Tuesday, January 22, 2013

Cabaran 21 Hari Listerine®


Listerine®, jenama pembersih mulut terkemuka Malaysia kini bekerjasama dengan 21 orang selebriti tempatan untuk memulakan kempen seluruh negara hari ini bertujuan membantu kalangan orang dewasa Malaysia meningkatkan kesihatan mulut mereka.



Kempen yang dikenali sebagai Cabaran 21 Hari Listerine® ini mencabar orang dewasa Malaysia untuk menambahbaikkan kesihatan mulut mereka dengan menggunakan cecair kumur Listerine® dua kali sehari selama 21 hari berturut-turut, dengan jaminan pemulangan wang* bagi sesiapa yang tidak merasakan apa-apa perbezaan pada penghujung 21 hari. 

Memberus gigi hanya membersihkan 23 peratus bahagian mulut. Berkumur dengan cecair kumur mulut antiseptik sangat penting untuk menghapuskan bakteria di kawasan mulut yang sukar dicapai oleh berus gigi. 


Cecair kumur mulut antiseptik Listerine® berupaya meliputi semua permukaan dalam rongga mulut dan mengurangkan bakteria yang terkumpul. Ini sangat penting kerana bakteria yang terkumpul akan membentuk lapisan karang gigi yang seterusnya menyebabkan gingivitis, atau bengkak gusi berdarah. Gingivitis pula boleh membawa kepada periodontitis, satu masalah yang tidak boleh dibaiki yang boleh menyebabkan kehilangan gigi. 

Kempen ini disertai oleh 21 orang selebriti tempatan termasuk para pelakon, hos radio dan TV, penyanyi serta personaliti sukan, yang menyahut cabaran menggunakan cecair kumur mulut Listerine dalam rutin kebersihan mulut harian mereka. Mereka menjadi contoh terbaik untuk kesihatan mulut kerana mereka sering berinteraksi dengan orang ramai dan selalu mendapat perhatian orang awam. 

Ingin memulakan kesihatan mulut sepanjang hayat? Sahutlah Cabaran 21 Hari Listerine® hari ini dan rasailah sendiri perbezaannya! Ketahuilah bagaimana selebriti-selebriti mengekalkan tahap sosial mereka yang tinggi dengan Listerine® menerusi video mereka di www.facebook.com/ListerineMalaysia

Cecair kumur mulut antiseptik Listerine® kini terdapat dalam sembilan jenis varian berbeza dan boleh didapati di pasar raya hiper, pasar raya dan farmasi terkemuka di seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut akan Cabaran 21 Hari Listerine®, sila layari www.listerine.com.my atau hubungi 03-7787 3106 (Isnin hingga Khamis, 9 pagi – 5 petang; Jumaat, 9 pagi – 3 petang).

2 comments:

Ema Blog said...

menarik

Azham Vsvc said...

hehehe.....best! Tapi tak pernah cuba Listerine lagi sebab guna jenama lain heheheh.....

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.