RSS

Thursday, December 27, 2012

Saluran PERCUMA Astro Fiesta untuk semua pelanggan Astro


Ini merupakan berita baik untuk semua pelanggan Astro. Bukan cubaan tapi kenyataan.Semua pelanggan Astro saluran PERCUMA Astro Fiesta selama 10 hari, dari 28 Disember 2012 hingga 6 Januari 2013 di saluran Astro 120 dalam bentuk Definisi Standard (SD) dan juga di saluran Astro 100 dalam bentuk Definisi Tinggi (HD).  

Astro Fiesta menampilkan pelbagai rancangan muzik yang terbaik dari saluran-saluran tempatan dan antarabangsa yang kini sedia ada di Astro.Kepada peminat muzik jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pelbagai genre musik ada seperti rock metal, rock klasik, pop, dance, hip-hop dan banyak lagi 

Awie & Ella 

Peminat-peminat rock tempatan tentu akan terhibur dengan persembahan Raja dan Ratu rock Malaysia di siaran Konsert Awie & Ella. 


 
iTunes Festival - Jessie Je2 

Selain itu, jangan ketinggalan rancangan popular iTunes Festival 2012 dengan persembahan daripada artis-artis popular di Camden Roundhouse, London seperti Andrea Bocelli, Jack White dan Ed Sheeran. 


 
KPop - inkigayo 

Kepada peminat KPop boleh menonoton rancangan popular Korea K-Pop Countdown (Inkigayo),sebuah rancangan mingguan yang paling lama dan popular di Korea yang menampilkan artis-artis K-Pop terbaru dan terhangat pada masa ini. 


 
MTV Sessions Greyson Chance 2012 2ed 

Pelanggan-pelanggan Astro juga akan berkesempatan menonton konsert-konsert antarabangsa seperti siaran MTV World Stage LIVE di Malaysia 2012 (menampilkan penyanyi sensasi seperti Justin Bieber, Jay Park & KARA), MTV Sessions: James Morrison dan MTV Sessions: Greyson Chance. Saksikan juga siaran Best Music Festivals yang penuh dengan persembahan hangat sertatemu bual eksklusif dengan rakaman belakang pentas bersama penyanyi terkemuka antarabangsa termasuklah Bruno Mars, Coldplay, Snoop Dog, Foreigner dan Sting. 


 
P Ramlee Tribute 

Saksikan siaran Konsert Penghargaan P Ramlee yang menampilkan penyanyi-penyanyi tanah air seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk M. Nasir, Ning Baizura, Meet Uncle Hussain, Yuna, Ella dan Aizat mendendangkan komposisi lagu-lagu popular Allahyarham Tan Sri P Ramlee, mengikut taksiran dan rentak muzik tersendiri. 

Wow memang hebat-hebat rancangan yng di sediakan. Semua pelanggan Astro don't let it go. Gunakan 10 hari saluran PERCUMA ini dengan sebaiknya. Kalau yang boleh rakam, rakam sepuasnya.huhu..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.