RSS

Wednesday, December 19, 2012

Product Review: Loreal Paris Miss Candy


Comel tak bungkusan kat atas? Mesti tertanya-tanyakan apa yang ada dalam tu. Nanti aku bagitahu. Yang pastinya dalam tu adalah produk Loreal yang berasaskan color dan texture candy. Ada je idea diorang ni dalam menghasilkan produk baru. Sebelum ini berasaskan buah-buahan kali ni candy pula, mana tahu lepas ini sayur ke. Who knows..



Ini dia salah satu produk yang ada dalam bekas tu tadi.Miss Candy Glam Shine Swirl. Pergh kelas betul nama dia. Lipgloss ini ada 3 jenis, Miss Raspberry (berdasarkan berry shade), Miss Marshmallow dan Miss Apricot. Miss Candy Glam Shine Swirl lip gloss ini ekslusif dijual bersama L'OrĂ©al Paris Lucent Magique Skin Illuminating BB Cream dalam special twin pack! Boleh didapati di farmasi terpilih bermula Disember 2012 dalam 3 pek yang berbeza pada harga RM53.90 per pack sementara stok masih ada. 


Lagi satu produk yang aku dapat ialah Miss Candy Color Infaillible eyeshadows. Yang ini pun menarik. Ada 3 gorgeous pastel shades: Naughty Strawberry (a popping pink hue), Tender Caramel(a delicious neutral shade), and Sassy Marshmallow(a beautiful blue hue) sesuai digunakan waktu siang dan malam. Boleh didapati dari Disember 2012 dengan harga RM35.90. 



 
Cantik tak mata dan bibir i? huhu.. Leh jadi Miss Candy la lepas ini. hahaha. Perasan je lebih. Texture dia memang macam candy dan marshmallow. Leh teringat nak makan marshmallow la lepas tu. So sweet..

2 comments:

Lynn Hamzah said...

bestnyer dapat buat product review...

Eyriqazz said...

sweet

P.s : Jemput join My Happy Moments Contest

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.