RSS

Thursday, December 6, 2012

Mineral Makeup Ronasutra, Selamat dan Suci


Kebanyakan produk kecantikan di pasaran memang dikhususkan untuk mencantikkan wajah. Produk yang direka supaya tahan lama dan untuk kepentingan luaran. Berlainan dengan Ronasutra mekap yang direka khas untuk membantu merawat secara semulajadi agar kulit sihat dan berseri. Produk ini selamat, suci dan tahan lama.


Pn Audri Zin, Pengarah Pembangunan Produk dan Jenama 

Diperbuat dari 100% bahan mineral untuk menyolek, melindungi dan merawat kulit dari sinar UV, habuk dan jangkitan kuman. Bebas minyak, talkum, bahan sintetik, pewarna, pewangi dan pengawet. Tahan sehingga 16 jam- tidak akan cair atau berubah warna. Menyolek sambil merawat masalah kulit seperti jerawat, ruam dan kulit berminyak atau kering. Perlindungan UV yang tinggi -lebih stabil berbanding dengan krim pelindung matahari biasa.

Menyamarkan noda di wajah dengan cantik dan berkesan tanpa menyumbat pori-pori kulit- tidak perlu guna foundation atau concealer berasingan.Boleh dipakai pada waktu tidur tanpa mudarat- berbeza dengan bedak solekan lain di pasaran 



Cara-cara menggunakan Ronasutra 2 in 1 Mineral Faoundation & Powder 
1. Sapu sedikit pelembap ke seluruh muka dan biar serap seketika 
2. Tuangkan sedikit bedak Ronasutra ke penutup produk dan gunakan span untuk tekap ke seluruh muka hingga dapat liputan yang diingini. 
3. Ratakan dengan span atau berus kabuki 



Bergambar bersama Pn Audri Zin dan Anis

Sesuai untuk semua jenis kulit dan umur, terutama kulit sensitif, berjerawat, resdung serta kulit 'peeling' disebabkan rawatan kulit. Formula suci dan halal- sesuai dipakai waktu solat dan Haji. 


Ronasutra Kabuki Brush 

Ronasutra 2 in 1 Mineral Foundation and Powder boleh didapati dalam 8 warna semulajadi iaitu Ivory,Cream Peach, Sawo Yellow, Natural Buff,Honey, Mocha, Chestnut dan Dark Chocolate dijual pada harga RM48 

Rupa sebelum berminyak dan selepas tampak lebih segar

Produk ini juga boleh didapati dalam 5 set warna (Cream Peach, Sawo Yellow, Natural Buff, Honey dan Mocha) pada harga RM58. Kesemua warna dicipta bebas dari pigmen biru agar tidak kelihatan lebam dan sesuai untuk kulit wanita Asia. 

Ronasutra Kabuki Brush yang diperbuat dari nylon berkualiti tinggi dan lembut boleh didapati dengan harga RM38. 

Ronasutra Mineral Cheek Color boleh didapati dalam 5 warna iaitu Cool Pink, Warm Pink, Apricot Orange, Soft Red dan Deep Plum dengan harga RM38. 

Ronasutra Anti bacterial NBR Sponge (2 keping) boleh didapati dengan harga RM5 sahaja. 

Rangkaian Produk Ronasutra boleh didapati dari stokis serta pengedar, salon kecantikan, pengedar online, farmasai terpilih di seluruh negara atau boleh dibeli terus dari www.ronasutra.com. Tidak lupa juga kunjungi kaunter kosmetik Ronasutra yang pertama di Malaysia di Plaza Shah Alam, Selangor.

5 comments:

CikLily Putih said...

cantik nya model maybeline ni kan akahkahkakh

Ira said...

Hari ni g ofis pakai rona sutra ke? Patut nampak berseri2..

Puan Gojes said...

assalam ziarah ;)
saya tahu komen ni out of topik,
tapi saya harap sangat tuan/puan blog dapat bantu saya untuk menang iphone 5 kat sini.

http://puangojes.blogspot.com/2012/12/bantuan-di-perlukan-klik-g1-dan-undi.html

bantuan tuan/puan blog amat2 saya hargai. terima kasih ya :)

Cik Nurul Siezuka said...

Cantik.. Berseri seri..

Dkna Abza said...

dkna pakai bedak cosway je :)

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.