RSS

Friday, December 28, 2012

6D Motion Theatre di Dataran Pahlawan Melaka


Pernah tengok filem 3D? Memang nampak real kan. Cuba bayangkan 6D pula, mesti rasa kita berada dalam tu. Di Melaka ada satu 6D teater terletak di Tingkat 4 Dataran Pahlawan. Aku dah masuk tengok hari tu. Mula-mula kita boleh pilih movie yang kita nak tengok. Setiap movie harganya lain-lain.


Movie yang di sediakan tak lama pun, 8 minit je. Antara movie yang ada Mad House, Mummy – Tomb of the Pharaoh, Haunted House, Bugs Battle, dan Space Battle. Masa aku pergi ini malam, so takut nak tengok cerita hantu. Yela balik nanti dah gelap takut teringat-ingat pula. So aku dah tengok Bug Battle, not bad. Terasa serangga tu ada kat kaki kita, siap ada air terpancut dari mana entah. Habis baju basah.


 
Nak tengok 6D haruslah guna spek mata yang disediakan. Pakai tali pinggang bila dah duduk, takut terpelanting pula nanti..hehe. Yang mana nak rasa kehebatan 6D ni, boleh serbu Dataran Pahlawan. Aku teruja nak tengok lagi, nak tengok cerita hantu pula. Lupa nak bagitahu, masa kita kat dalam tu ada CCTV so orang luar boleh tgk kita. So jaga-jaga ada yang memerhati..hehe 

 Sekarang ni ada promosi kat groupon sebanyak 50% untuk tiket 2 orang. Jimat tu, dari kena bayar RM30 kita cuma bayar RM15 sahaja. Berbaloi-baloi. Kalau nak, click kat SINI. Cepat sementara ada lagi promosi. Aku dah, korang bila lagi..:)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.