RSS

Monday, November 5, 2012

Teknik urutan baharu AsterSpring melegakan stres


AsterSpring menjanjikan perkhidmatan profesional dengan sentuhan yang unik dengan AsterSpring Touch yang baru dilancarkan. Ia adalah satu kombinasi unik urutan muka, leher dan bahu yang direka khas untuk membantu melegakan tekanan fizikal dan mental serta merangsang tenaga dan pengaliran darah. Urutan yang melega dan mengembalikan tenaga ini adalah sebahagian daripada setiap sesi rawatan muka dan rawatan yang ditawarkan di AsterSpring.



AsterSpring Touch terdiri daripada tiga teknik tangan yang unik untuk membantu kelegaan dan pemulihan tenaga.Tekanan lembut dilakukan pada pleksus solar badan untuk mengalirkan khasiat ke sel-sel kulit; tepukan lembut pada muka untuk menggalakkan pengaliran keluar toksin; dan usapan serta ulian ringan pada otot muka untuk melegakan tekanan dan menggalakkan pengaliran aktif darah dan tenaga. 



Janji sentuhan unik AsterSpring dilengkapi dengan rundingan peribadi. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pusat kulit ini adalah analisis kulit untuk membantu pelanggan memahami masalah kulit mereka dengan lebih baik supaya bahagian yang terjejas boleh disasarkan untuk mendapatkan hasil yang optimum. Bukan itu, sahaja AsterSpring juga akan mencadangkan formulasi yang terbaik untuk setiap keperluan kulit individu. 



Dengan 34 buah pusat AsterSpring terletak di pusat beli-belah utama di Malaysia, para wanita dengan mudah boleh singgah untuk terapi penyegaran semula dan rawatan kulit yang berasaskan hasil. Berikan terbaik untuk kulit anda – hubungi talian AsterSpring untuk menempah temu janji anda hari ini! 

Untuk maklumat lanjut akan pusat dan produk-produk AsterSpring, serta rawatan dan promosinya, layari www.asterspring.com dan laman Facebook rasminya di www.facebook.com/asterspring, atau hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan AsterSpring di (603) 7809 6666 dari Isnin hingga Jumaat, waktu pejabat.

2 comments:

Ira said...

bestnye kalau ada org urut camni...

illy ariffin said...

bestnyer :) da lame tak gi urut2 facial camni :)

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.