RSS

Saturday, October 20, 2012

Terengganu Rip Curl PRO 2012


15 Oktober 2012 yang lalu telah berlangsungnya majlis pelancaran Terengganu Rip Curl PRO 2012. Di majlis tersebut, Rip Curl (Malaysia) telah mengumumkan brand ini telah menandatangani perjanjian selama setahun dengan 2 peluncur terbaik Malaysia,Bryan Ng dan Brenda Lee.Rip Curl Malaysia percaya bahawa kedua-dua mereka mempunyai potensi mencapai sasaran untuk mendidik wanita Malaysia tentang sukan peluncuran dan menjadi platform bagi sesiapa yang berminat dengan sukan peluncuran di Malaysia.



Emcee - Joey G 


Semasa majlis ini juga, Rip Curl Malaysia telah memperbaharui kontrak peluncur muda Malaysia yang berusia 17 tahun berasal dari Cherating iaitu Mohd. Suhaimi (Semmy). Selain itu Rip Curl (Malaysia) dengan bangga mengumumkan berkobalarasi bersama Kerjaan Negeri Terengganu untuk pertandingan '6 star pro surf' yang pertama kali diadakan di mana akan berlangsung pada 30hb November sehingga 2hb Disember di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.



Dari kiri - Jon Lee ,Bryan Ng ,Brenda Lee, Vivian Chew, James Hendy dan Semmy 

Pertandingan Terengganu Rip Curl Pro 2012 ialah acara luncur yang telah dibenarkan oleh Asian Surfing Championship (ASC).Pertadningan terbuka kepada peluncur dari Asia Tenggara. Terdapat 6 bahagian yang disediakan iaitu Men’s Open, Women’s Open, Master Division and Bodyboard Open, dan Longboard Open. Kira-kira hadiah bernilai RM 40,000 boleh dimenangi.



Pengumuman Terenganu Rip Curl Pro 2012 

Selain itu, akan juga diadakan aktiviti pelajaran mengenai luncur kepada orang ramai. Indonesia top surfboard artists, Mr. Rizald dari Bali akan menjadi tetamu untuk Surfboard Art Exhibition. Terdapat juga booth demonstari pembuatan surfboard dan surf clinic untuk mengajar orang ramai cara meluncur. Jonni Morrison – Deaker, dari Rip Curl Bali Surf School, akan mengendalikan surf clinic berkenaan.



Rip Curl Malaysia Riders 

The Terengganu Rip Curl Pro 2012 ini di organisasikan oleh EC Extreme Resources san di sokong oleh S.U.K Terengganu, Tourism Malaysia, Ministry of Tourism Terengganu dan Rip Curl Bali Surf School.



Mr James Hendy - Marketing Manager of Rip Curl SEA  

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mari kita ramai-ramai datang ke Pantai Batu Burok menyaksikan acara gemilang ini dan merasai sendiri aktiviti luncur ini.

2 comments:

Cik Nurul Siezuka said...

Dekat kampung Nurul.. Batu Burok.. hehehe

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog niechat boxpakjoe x kira k hahah ,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.