RSS

Monday, October 8, 2012

Product Review: Maybelline Hyper Cosmos


Orang kata dari mata turun ke hati. Kiranya mata ini memang senjata boleh mempengaruhi seseorang. Ceh kemain pula aku ini.Sebenarnya nak cerita sedikit mengenai produk eyeshadow Maybelinne yang baru,Hyper Cosmos. Hyper Cosmos ditampilkan dalam duo eyeshadow, kombinasi color yang menarik.


Dengan 2 eyeshadow memberikan color yang harmoni untuk style makeup yang lebih outstanding. Tak salah untuk mencuba sesuatu yang baru yang lebih berani. Hasilnya akan kelihatan lebih cantik dan dinamik.


Cara menggunakannya hanya 2 langakah yang mudah. 
1. Gunakan color yang lebih lembut/terang ke seluruh kelopak mata menggunakan jari (Apply the lighter shade all over lids using your finger.) 
2. Gunakan color yang lebih gelap dekat dengan kelopak mata sebelah dalam dan semakin lebar ke bahagian luar (Apply the darker shade closer to your lash line, giving your eye make-up a more intense look. Make it wider towards the outer rim of eyes and blend both shades for a seamless effect.)


Untuk mendapatkan hasil yang lebih menyerlah padankan Hyper Cosmos bersama Hyper Sharp Liner dan maskara Volum' Express The Falsies.


Maybelline New York Hyper Cosmos duo eyeshadows boleh di dapati dalam 7 shades yang berbeza, with the star shade being BU-1, a beautiful bluish and sandy combination. Dapatkan sekarang dengan harga RM28.90 seluruh negara mulai Ogos 2012.

1 comments:

CikLily Putih said...

wah dah cuba dah... best2

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.