RSS

Thursday, October 11, 2012

Pelakon extra tak mandi?


Dah lama rasanya aku ni tak berceloteh. Asik post entry pasal event dan produk je. Nak buat macam mana, kadang-kadang ada idea tapi masa tak mengizinkan. Kadang-kadang ada masa tapi takde idea nak tulis. Tetiba pagi ini rasa nak berceloteh pula bila dengar dekat radio pasal seorang pemanggil ini. Bila dengar apa yang dia cakap terus terkeluar dari mulut ini "yerkkk".  

Mungkin ada yang dengar HOT Fm pagi tadi dan terdengar perbualan DJ dengan pemanggil ini. Pemanggil ini telefon dan cerita mengenai seorang pelakon extra yang malas nak mandi. Anyway si pemanggil ini pun pelakon extra juga. Pemanggil ini bagitahu si pelakon extra ini bukan sahaja tak suka mandi, malah tidur pun tak buka contact lens dan bulu mata palsu. Aduhai bukan main malas lagi pelakon ini. Kata si pemanggil, pelakon ini memang cantik orangnya. Ada juga orang cantik yang perangai macam ini. 


Bila aku dengar cerita si pemanggil ini teringat aku masa zaman sekolah dulu. Ada seorang senior aku yang perangai lebih kurang macam pelakon extra ini lah. Memang tak boleh duduk dekat dia. Tak boleh tahan bau bdan dia. Memang kuat. Kadang-kadang kesian juga kat senior ini yang selalu keseorangan. Bukan orang tak nak kawan tapi tak boleh tahan dengan bau tu. 

Aku bukan nak mengata sesiapa tapi terfikir dalam benak fikiran ini. Diorang ini selesa ke bila tak mandi. Lepas tu tak fikir ke orang lain bau badan kita kalau tak mandi. Kalau malas sangat mandi la sekali sehari. Macam aku ini pun kalau terasa sejuk sangat dan kemalasan melanda memang sekali sehari je..hehe.. Tapi takla hari-hari macam tu. Anyway aku tak maksud nak memperkecilkan sesiapa. Kalau ada yang terasa tu, minta maaf ye dan kalau boleh berubah la. 

Bukan susah sangat pun mandi. Siram je badan tu dengan air. Anyway best apa mandi, badan pun akan rasa segar. Nikmat rasanya selepas mandi lagi-lagi time kepanasan...hehe 

P/S : Jangan tanya aku siapa pelakon extra tu sebab memang aku pun tak tahu..Aku dengar radio je ok.

3 comments:

hairulafiz said...

pengotor seh.....harap cantik jek.....

AlyzaFisol said...

ish ish ish...kot ye pn...mandi la skit pn xpe...

salam perkenalan n salam singgah...

jom la join GA sye... http://www.alyzafisol.com/2012/10/anniversary-giveaway-by-alyzafisolcom.html

Azham Vsvc said...

haha....mandi itu adalah untuk kebersihan dan kesihatan diri....jadi kena selalu mandi, tambah2 dgn cuaca kat Malaysia ni kan...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.