RSS

Wednesday, October 17, 2012

Kulit Sihat Sempena Musim Perayaan ini dengan Set Hadiah Dermalogica®


Sambutlah musim perayaan dengan set hadiah untuk wajah yang sihat dan berseri daripada Dermalogica®, sama ada untuk anda, sahabat atau orang tersayang.Dermalogica® mula memilih produk jualan terbaiknya menjadi set hadiah perayaan pada tahun lepas dan menerima sambutan yang hangat daripada pengguna. Set perayaan kini kembali semula atas permintaan ramai – kali ini dalam beg pelbagai warna yang menarik!


Beg Carry-All Dermalogica® 

Set perayaan ini mengandungi Essential Cleansing Solution bersaiz 500ml dan Daily Microfoliant bersaiz 13gm; bagi tona dan kelembapan kulit, beg ini juga mengandungi Multi-active Toner dalam saiz 250ml dan Skin Smoothing Cream bersaiz 100ml, semuanya di dalam beg yang cantik dan sedia dibawa ke mana-mana sahaja. Set produk yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit ini direka untuk pemakaian harian, siang dan malam. 

Beg Carry-All dijual pada harga RM520.00 (harga asal produk dalam set ini adalah RM699.00) 


 
Travel Pouch 

Beg yang mudah dibawa ini mengandungi 150ml Pre-cleanse, 50ml Multi-active Toner, 10ml Gentle Cream Exfoliant, 4ml Intensive Eye Repair, dan 10ml Solar Defense Booster SPF50. Selain itu, set ini menyediakan pilihan 50ml Essential Cleansing Solution dan 22ml Intensive Moisture Balance untuk kulit kering; 50ml Special Cleansing Gel dan 22ml Skin Smoothing Cream untuk kulit normal dan kulit kering. Mana-mana satu pilihan ini akan melengkapkan segala keperluan kulit anda bagi memperoleh wajah yang cantik berseri sepanjang musim perayaan ini. 

 Travel Pouch dijual pada harga RM298.00 (harga asal produk dalam set ini adalah RM418.00) 


 
Beg Kembara 

Beg ini mengandungi Conditioning Body Wash (75ml) dan Body Hydrating Cream (75ml). Kedua-duanya sesuai untuk semua jenis kulit. Ia boleh digunakan pada waktu siang dan malam untuk hasil yang lebih baik. 

Beg Kembara dijual pada harga RM88.00 

Semua beg hadiah terdapat dalam warna-warna oren ceria, magenta menawan dan hijau segar bagi menyerikan lagi hari anda. Set Hadiah Perayaan Dermalogica® 2012 dalam beg berwarna-warni dijual di semua outlet AsterSpring Signature, AsterSpring dan Dermalogica® Consultation Pod serta pengedar Dermalogica® yang sah di seluruh negara.

1 comments:

Cik Nurul Siezuka said...

Beg dia cantik2... comel2 plak tu..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.