RSS

Thursday, September 27, 2012

Tutorial khas Astro Tutor TV di Youtube


PMR bakal menjelang tidak lama lagi. Persediaan amatlah penting walaupun last minit. Jangan risau masih ada masa buat calon-calon PMR. Astro Tutor TV akan menyediakan satu tutorial dalam talian secara langsung dalam YouTube pada jam 3 petang pada 29 September. Ini merupakan pendekatan baru buat pelajar PMR.  

Para pelajar boleh menghantar soalan-soalan sebelum 28 September menerusi laman Twitter,Facebook dan Google+ dengan menggunakan ‘hashtag’ #AskTutorTVPMR. Soalan-soalan terpilih akan dijawab oleh panel Astro Tutor TV’s pada hari Sabtu ini melalui Google+ Hangout on Air yang membolehkan anda menyaksikan tutorial dalam talian secara langsung dalam laman Youtube Astro Tutor TV iaitu www.youtube.com/astrotutortv

Inovasi Astro Tutor TV menggunakan tutorial dalam talian secara langsung ini ialah inisiatif pertama di Malaysia dan akan membawakan lima subjek PMR iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Sejarah. Bagi maklumat lanjut tentang tutorial dalam talian Astro Tutor TV, sila layari www.tutortv.com.my

Jika anda mempunyai sebarang soalan untuk ditanya, sila hantarkan soalan anda sekarang dan saksikan tutorial dalam dalam secara langsung di laman Youtube Astro Tutor TV Sabtu ini, 29 September pada jam 3petang. Apa tunggu lagi kumpul soalan untuk diajukan sekarang.Semoga berjaya!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.