RSS

Wednesday, September 12, 2012

Oh My English! Hari Raya


Kejayaan menyeluruh Oh My English! merupakan hasil sokongan para peminat dari seluruh negara. Untuk meraikan kejayaan rancangan ini dan sempena Hari Raya, Oh My English telah bekerjasama dengan Astro Circle mengadakan jamuan Hari Raya untuk pra peminat bersama pelakon-pelakon Oh My English di Restoren Seri Melayu pada 8 September 2012.



Pengacara Majlis untuk sambutan Hari Raya ini ialah Azrul dan Dina 

Astro Circle adalah program ganjaran khas untuk pelanggan setia Astro. Para pelanggan akan berpeluang memnangi pelbagai hadiah menarik. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Astro Circle sila layari www.astro.com.my/astrocircle 
 
 
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu tema Oh My English oleh Altimet 


 
Barisan pelakon Oh My English (Muhammad Akhmal (Jibam), Mohd Zhafir Muzani (Mazlee), Kaameshaa (Anusha), Amer Sharrif (Farouk), Harun Salim Bachik (En Mohd Salleh) dan Zain Saidin (Henry Middleton). 


 
Semua yang hadir berpeluang bergambar bersama pelakon di pentas 


 
Pemenang Lucky Draw, untunglah mereka 


 
Tingginya Altimet, Sayup berdiri sebelah dia

 
Bersama Dina yang rushing nak masuk konti Era 


 
Bersama Azrul yang kelakar 


 
Bersama Akhmal(Jibam) OME! 


 
Wakil pelakon wanita, Kaamesha(Anusha)


 
Bersama Amer(Farouk), pemalu orangnya 


 
Bersama Harun Salim Bachik(En Salleh) a.k.a boboywee 


 
Bersama Zain Saidin(Henry Middleton).. Sepadan tak? hehe Perasan lebih.Marah Che Ta nanti 

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, episod kemuncak Oh My English akan disiarkan selama sejam dan akan menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Rozita Che Wan, Tauke Raja Lawak dan penyanyi terkenal seperti Altimet, Rabbit Mac, Point Blanc dan Illa Damia. Pastikan anda menonton episod kemuncak Oh My English pada 16 September 2012(Ahad) pada jam 10 pagi di saluran 610(TVIQ). Ulangan pada hari yang sama jm 2pm,6pm dan 9pm.

Antara blogger yang hadir adalah Hazman,Kid, Bro dan AnakPerak dan isteri. Cian Hazman frust tak dapat jumpa Izara.

4 comments:

hazman aka species1980 said...

Nasib baik dapat jumpa ngan awak....lapang skit hati saya....hehehehe

Eizil said...

seronoknya dapat gi event-event macam ni... :D salam perkenalan.

Ira said...

wah.. kemain lg dia ye... dpt bergambar ngan artis.. hehe..

arisan18 said...

kunjungi blog ane gan, dan isi buku tamunya

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.