RSS

Monday, September 24, 2012

Kereta tiba-tiba berasap di tengah jalan


Perempuan.. kalau cakap pasal kereta memang tak tahu apa la. Yang tahu drive jela. Ini kali pertama aku di duga sebegini. Nasib baik aku tak keseorangandan bukan dalam perjalanan jauh masa ini. Kalau tak mau cuak di buatnya. Ini pun dah cuak juga cuma kureng la sikit.  

Al kisahnya macam ni. Aku ada training kat Bangi pagi ini. Gerak agak lambat sikit, jalan pun dah mula jem. Sampai kat Tasik Selatan, aku dengan kawan dengar satu bunyi pelik. Dah rasa cuak masa tu. Beberapa minit kemudian, asap berkepul-kepul dari depan kereta. Cuak den dibuatnya. Dengan pantas bagi signal parking ke tepi. 


Bila dah parking otak ni dah mula blur, tak tahu nak buat apa. Aku pun telefon ayah dan kawan-kawan aku. Alhamdulillah tempat aku parking kereta tu tempat tentera, so diorang lalu lalang dan berhenti tolong kitorang. Ada sorang pakcik ini cek, dia kata air radiator tu dah takde. Aku ini mengiyakan jela. Dia suh tunggu sampai radiator tu sejuk sebab nak isi air.Lepas tu dia pun blah sebab nak ambil air.

Lama juga kitorang tunggu pakcik tu, last-last kena tahan seorang tentera ini nama dia Aslam. Terima kasih la kat Aslam ini. Dia tolong ambik air isikan. Lepas tu baru pakcik tadi tu datang semula..huhu. Then ingat dah ok. Tengok temperature pun macam dah turun. Tapi bila jalan sikit dia naik balik lebih dari separuh.

Mula dah cuak sebab orang yang tolong semua dah takde. Nasib baik si Aslam tu datang lalu kat tempat tu semula. Kitorang pun tahan la dia. Tapi dia ini tak tahu sangat pasal kereta. Dia pun tahan rakan seperjuangan nama Zawawi. Abang ni tengok dia kata mungkin ada problem dengan kipas radiator tu, kena hantar ke bengkel. Dia suruh si Aslam bawa kan kami ke bengkel. 

Nasib baik bengkel tak jauh.Betul apa yang abang tu fikirkan memang ada masalah pada kipas tu yang membuatkan temperature naik dengan cepat. Bukan temperature kereta je naik, temperature aku pun naik juga..huhu. Sekali tukar semua kena cas RM288 tapi dapat diskaun RM8. Aku cuak lagi sekali sebab duit takde.. Adoi pening kepala aku. Nasib baik ada member aku tu. Syukur sangat, dia pinjamkan dulu duit dia. 

Selesai hal kereta, kitorang gerak semula ke Bangi. Ini first time kitorang ke sana. So memang sesat barat jadinya. Terpaksa berenti tanya orang tepi jalan. Boleh tahan jauh sampai kitorang kena tanya pula orang lain. Tanya kat pakcik guard kat pos ofis tapi dia pula bagi direction ke tempat lain. Aduhai. Last-last nampak abang posmen baru kitorang tahanlah apa lagi. Baru dapat pergi ke jalan yang benar..hehe 

12.30 kitorang sampai orang dah lunch. Apa lagi makan lah terus. Aku tak berapa selera mungkin sebab kepenatan.Nasib baik training habis awal, dapat aku lending hilangkan penat. Memang pengalaman tak terhingga bagi aku. Syukur ada yang sudi membantu dan semuanya dapat diselesaikan. 

Baru tenang sikit jiwa aku sekarang. Moral of story, jangan tahu bawa kereta je kena juga tahu betul pasal kereta..hehehe.. Itulah nasihat abang pomen kat aku. Kena sebiji oii..huhu

5 comments:

YaNa Yassin said...

Kalu pompuan gitue lah, tahu bawak jer, masalah sikit dah gelabah. Sama lah kita. Masa tue otak duk fikir sape lah boleh tolong kan.

shafiqabdshukor said...

x pe.. jadi pengalaman tu..

azmanisma said...

Radiator tu benda asas perlu tahu jika pakai kereta.Harap dapat belajar sesuatu dari kejadian nih.

Ira said...

Kalau ira pun cuak jgk.. Sib baik berdua kan..
Pengalaman sgt berharga tu..
Ira dlu tayar kereta pecah..
Apa2 pn, yg penting kita selamat. Tp parah jgk la dkt 300 tu..sib baik hr ni da gaji.. :)

Nurul Akmal said...

samlah kita semua kan... Tahu bwk jer.. x pernah nak ambik tahu pasal kete... huhuhul, peringatan tuk nurul jugak.. :)

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.