RSS

Monday, September 10, 2012

Garnier Meraikan Hari Raya Aidilfitri Bersama Adik-adik Angkat


Sebelum ini aku ada post pasal event ini,di SINI. Ada kekosongan sebanyak 3 tempat tapi no response. Takpela masing-masing ada hal dan komitmen sendiri. Komuniti Garnier menunjukkan sisi prihatin di musim Raya ini dengan meraikan kanak-kanak perempuan daripada tiga buah rumah anak yatim menyambut hari Raya dengan peminat Garnier dan rakan-rakan selebiti.



Pembukaan Majlis, Pengacara untuk majlis ini adalah Azura 

Sinar Cahayaku dimulakan oleh Garnier pada bulan Janurai tajin ini dengan matlamat untuk memberikan hubungan persahabatan dan adik beradik, sokongan dan nasihat bagi anak yatim perempuan ketika mereka meningkat dewasa. 3 buah rumah anak yatim telah dipilih untuk menyertai program ini, iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai dan Rumah Amal Siraman Kasih. 

Ucapan dari Low Chooi Hoon, Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L'oreal Malaysia 

Sebuah bengkel di mana adik angkat berpeluang berinteraksi bersama kakak angkat masing-masing telah diadakan. Mereka diberikan ceramah motivasi oleh Heliza Helmi, serta turut menyertai dalam sesi bermain dan bergembira dengan Lisa Surihani dan Irma Hasmie. 



Penyampaian sumbangan kepada rumah anak-anak yatim sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah. 



Jamuan- makanan memang best. Kenyang betul 



Sekarang ini macam suka pula makan rojak buah 



Penyampaian hadiah kepada adik-adik angkat 



Sesi bergambar - rapat betul adik-adik ini dengan Heliza 



Bersama Azura



Bersama Lisa Surihani,Duta Garnier color baju kami samalah. 



Bersama Irma Hasmie, mom to be. 



Bersama Heliza, comel loteh orangnya 



Bersama blogger terhangat yang turut hadir, Afra, CiklilyPutih dan Yana Yasin

1 comments:

siti rokiah said...

nampak meriah dan seronok jer

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.