RSS

Tuesday, September 25, 2012

Cabaran Garnier Light: Kulit 2 Tona Lebih Cerah Untuk 100,000 Wanita.


Mahukan Garnier Light White dan Even Moisturizing Cream SPF17/PA++ secara percuma? Sebanyak 100,000 kit percuma terdiri daripada 2 produk tersebut untuk penggunaan 2 minggu,pengukur tona kulit dan arahan penilaian akan diberikan semasa Roadshow Garnier, menyahut wanita dalam Cabaran 2 Tona Lebih Cerah.  

Rahsia dalam produk utama rangkaian ini iaitu Garnier Light White dan Even Moisturizing Cream SPF17/PA++ adalah 

- Snow Pine White Source : bahan pencerah revolusioner yang berasal dari molekul semulajadi yang terdapat di dalam pokok pinus. Memiliki lebih dari 10 kali keektifan pencerah dibandingkan Vitamin C,yang bertindak ke atas sintesis melanin (atau penghasilan bintik gelap pada kulit) pada sumbernya 

- Pati Lemon: untuk eksfoliasi lembut dan membantu menanggalkan sel kulit mati 

- SPF17/PA++: untuk lebih melindungi kulit anada dari penggelapan kulit disebabkan oleh sinar UVA dan UVB 


Kempen Cabaran 2 Tona Lebih Cerah dipimpini oleh Lisa Surihani duta jenama yang menggunakan poduk penjagaan kulit rangkaian Garnier Light untuk mengekalkan kecerahan dan keserian kulitnya. Lisa menggunakan produk ini siang dan malam dan menjemput setiap wanita menyahut cabaran ini. 

Untuk menyertai cabaran ini, anda perlu dapatkan kit Cabaran 2 Tona Lebih Cerah Garnier dalam Roadshow.Mulakan dengan mengukur kulit tona dengan carta kulit yang disediakan, gunakan Garnier Light White dan Even Moisturizing Cream SPF17/PA++ setiap hari selama 2 minggu dan saksikan perubahannya apabila anda mengukur kulit tona anda sekali lagi. 


Roadshow ini akan diadakan di beberapa kolej, pusat membeli-belah,pasar malam, stesen KTM dan LRT, serta terminal bas beberapa negeri termasuk Penang, Perak, Seremban, Melaka, Johor,Terengganu dan Kelantan. Selain itu juga akan diadakan dia bandar Bangi,Shah Alam, Petaling Jaya,Subang, Bandar KL,Ampang, Cheras, Serdang, Nilai, Cyberjaya dan Putrajaya. 

Garnier menjemput peserta berkongsi pengalaman cabaran mereka dengan memberi maklum balas dalam kaji selidik mudah di laman Facebook Garnier Malaysia. Sat ribu responden yang pertama akan menerima Garnier Light White dan Even Moisturizing Cream SPF17/PA++ bersaiz 50 ml bernilai RM19.90 dengan PERCUMA. 

Nantikan Roadshow Cabaran 2 Tona Lebih Cerah Garnier di tempat anda mulai September hingga November. Untuk maklumat lanjut mengenai cabaran atau Roadshow ini, sila layari Facebook Garnier Malaysia atau hubungi talian hotline pengguna: 03- 77258973

4 comments:

#ciksuzlin said...

Perak buat dekat mana ek?

- zuriey - said...

#ciksuzlin: cer tgk fb garnier malaysia

NUR said...

Tq info ni zuriey

Nurul Akmal said...

Wah menarik ni...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.