RSS

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012


Assalamualaikum

Dah balik kampung ke? Bila start bercuti. Aku kerja sampai besok. Kemungkinan besar besok balik kampung. Kalau tak sabtu pagi. Tengokla tahap kerajinan aku.hehe. Sekejap je kan dah nak sebulan berpuasa. Pantas betul masa berlalu.  

Rasanya tak terlalu awal aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Takut nanti dah balik sibuk pula masak dan berhias tak dan pula nak wish nanti kan. Sempena Ailfitri yang bakal menjelma, aku dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala kesilapan sengaja ataupun tidak. 

Sesiapa yang ada terguris atau kecil hati dengan perbuatan atau kata-kata aku, aku minta maaf. Kadang-kadang tidak perasan yang percakapan kita tu boleh menyakitkan hati orang. Nama pun manusia kan. Kira kosong-kosong la ye. 

 Semoga raya ini merapatkan lagi hubungan sesama manusia. Jemputlah datang ke rumah di Melaka. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Berhati-hati semasa memandu.

3 comments:

Ira said...

Ira pun esok keje lagi..
Balik kg mungkin sabtu pagi..
Tak sabar nk balik raya.. hehe..

Ira pun nk wish selamat hari raya pada zuri & mohon ampun maaf andai ada salah & silap terkasar bahasa, tersinggung dan sebagainya..

Selamat balik kampung, hati2 dijalan raya..
Harap2 esok leh half day kan? Hehe..

Azham Vsvc said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri yeah Zuriey! Kita tak nak duet raya kita nak goodies raya yg lebih2 dr event hahahahahahahahahah!

KiD said...

selamat hari raya cik zuriey.. nak dodol.. hehehee

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.