RSS

Tuesday, August 7, 2012

Raikan Raya dengan Kulit yang Sihat dan Menawan


Kulit yang sihat dan menawan adalah impian setiap wanita, lebih-lebih lagi apabila musim perayaan yang hampir menjelang dan anda semakin sibuk dengan persiapan untuk menyambut perayaan bersama rakan-rakan dan saudara-mara. Dermalogica® menggesa agar para wanita tidak mengabaikan penjagaan kesihatan kulit agar dapat tampil menawan dan keserian kulit serlah dari dalaman.



Selebriti dan pelakon tempatan Farah Nabilah turut bersetuju tiada yang lebih penting daripada memiliki kulit yang sihat. Tanpa penjagaan yang baik, kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya. Farah menjelaskan keberkesanan produk Dermalogica® yang digunakannya apabila menyedari keadaan kulitnya yang sensitif. Pelakon muda ini begitu percaya akan keberkesanan jenama ini dalam mengekalkan kesihatan kulitnya sepanjang syif bekerja yang agak tidak menentu serta kehidupannya yang sibuk. Tambahan pula, kini Farah sibuk dengan penggambaran serta persediaan untuk menyambut bulan Syawal. 


 
UltraCalming™ Relief Masque 
Masque rawatan yang mujarab untuk kulit sensitif dan reaktif dalam membantu untuk memulihkan daripada kerosakan dan sensitiviti di samping meningkatkan ciri-ciri perlindungan dan menggalakkan fungsi tisu yang sihat. Bahan-bahan botanikal membantu melegakan dan menenangkan kulit yang tertekan. Bahan utama dalam produk ini termasuklah UltraCalming™ Complex, ekstrak Portulaca Oleraca, ekstrak Mugwort dan cendawan. 


 
UltraCalming™ Mist 
Toner dalam bentuk semburan ini mudah digunakan dan memberikan kelembapan kritikal di samping membantu melegakan dengan cepat dan melindungi daripada kerengsaan dan ketidakselesaan. Membantu kulit untuk pulih daripada kerosakan dan memulihkan fungsi perlindungan lipid. Bahan utama produk ini termasuklah UltraCalming™ Complex dan bahan aktif oat semula jadi. 


 
Overnight Repair Serum 
Maksimumkan waktu rawatan kulit pada waktu malam untuk mengurangkan garis halus muka dan tingkatkan keserian kulit. Gunakan serum ini bersama-sama pelembap krim malam anda untuk mendapatkan kebaikan agar dapat melawan penuaan kulit. Serum berkuasa peptida (peptide) ini akan merangsangkan penghasilan kolagen agar kulit kekal anjal dan berseri. Kandungan Argan and minyak ros mengembalikan keserian kulit. 

Lawat mana-mana pusat Dermalogica® berhampiran anda sekarang untuk membelek atau mencuba produk Dermalogica yang berprestasi tinggi, yang dihasilkan mengikut syarat yang ketat, berdasarkan “7-No”, tanpa warna tiruan, tanpa wangian sintetik, tanpa alkohol SD, tanpa lanolin, tanpa mineral, tanpa formaldehid, dan tanpa ramuan bukan komedogenik (yang menyumbat pori). 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dermalogica® sila layari www.dermalogica.com.my

4 comments:

nur said...

tak pernah guna lagi sebab rasa macam mahal..

cik chinta said...

yela. takot jg nk gn. mst mhl kn?

Azham Vsvc said...

dermalogica...haritu cuba cari kat Watsons sini...tp tak jumpa...nak pakai, nak hilangkan parut jerawat kt muka huhuhuh

Anonymous said...

Dermalogica kat AsterSpring tue... Mid Valley ade.... One Utama pun ade, hari itu dah pergi try, nice!!!! Ade free skin analysis jugak! Best jugak......

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.