RSS

Tuesday, August 28, 2012

Raikan ‘1Merdeka Gemilang’ bersama Pnb Darby Park


2 hari lagi kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan ke 55. Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-55, PNB Darby Park kini ligat mempromosi ‘1Merdeka Gemilang’ yang bukan sahaja menghidangkan pelbagai sajian makan malam istimewa buat para tetamu, malah mempersembahkan kumpulan rock terkenal ‘Spider’ dan Amir UK’s yang bakal menghangatkan lagi malam kemuncak acara ambang kemerdekaan yang akan berlangsung pada malam menjelang tanggal 31 Ogos ini.  

The 39 Restaurant yang terletak di tingkat 39 memeriahkan lagi sambutan merdeka tahun ini dengan dendangan lagu terkini ‘live’ oleh kumpulan ‘Amethyst’ yang pastinya memukau tetamu yang hadir. 

Promosi harga bufet Merdeka bermula daripada RM119.00++ (RM138.04 bersih) seorang untuk dewasa dan RM69.00++ (RM80.04 bersih) seorang untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun. Pelbagai hidangan pilihan menarik berkonsepkan citarasa muhibbah untuk dinikmati ialah Nasi Beriyani, Kambing dan Ikan Panggang, Ikan Siakap Tiga Rasa, Laksa Johor, Satay, Kari Kepala Ikan, Barbeku Kepak Ayam, Lasagne Al Forno, dan Aneka Pencuci Mulut. 


Kelahiran restoran baru di PNB Darby Park iaitu 10Binjai, yang berkonsepkan ‘al fresco’ ini juga tidak ketinggalan menyajikan hidangan khas Merdeka dengan harga set hidangan istimewa, hanya RM55++ (RM63.80) seorang. Sempena malam istimewa di 10Binjai, hidangan pelbagai aneka pilihan dengan gabungan menu citarasa tempatan dan antarabangsa dan aneka pencuci Mulut dan minuman bakal melengkapi juadah Ala’ semi-bufet ilham dari cetusan semangat kemerdekaan sekumpulan pakar kulinari berpengalaman kami yang diketuai oleh, Cef Ashar Daud selaku Sous Cef Eksekutif di Restoran 10Binjai. 

Tempahan bufet Merdeka boleh dibuat di talian 03-7490 3939 (The 39 Restaurant) atau 03-7490 3838 (10Binjai).

5 comments:

NUR said...

Mahal nye sampai 100+ tu.. Hurmmm.. Harap berbaloile

msredcheesecake said...

mahal pulak regenya.... mesti sebab ada retis tu...

selamat hari raya maaf zahir batin

Nurul Akmal said...

Harga dia boleh tahan... Mahal jugak..

daddydee said...

Lama tak tengok Amir Uk's

Azham Vsvc said...

ala dah terlepas...teringin nak pegi PND Darby Park hehe...selalu tgk artis je yg pergi hehehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.